<< May 2012 >>
Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat
 01 02 03 04 05
06 07 08 09 10 11 12
13 14 15 16 17 18 19
20 21 22 23 24 25 26
27 28 29 30 31

Free Counter
Free Counter


lunar phases
 

If you want to be updated on this weblog Enter your email here:



rss feed



Friday, February 18, 2005
Kelebihan 9 & 10 Muharram

 

Di antara ibadat puasa yang disunatkan kepada umat Islam ialah berpuasa pada 9 dan 10 Muharram. Ini kerana tarikh 10 Muharram (atau dinamakan hari ‘asyura yang bermaksud sepuluh) mempunyai nilai sejarahnya yang tersendiri di dalam sejarah manusia khususnya umat Islam. Manakala disunatkan juga berpuasa pada 9 Muharram sebagai mukhalafah (membezakan) di antara kaum Yahudi yang turut berpuasa pada 10 Muharram.

Di antara perkara penting yang berlaku pada 10 Muharram ialah Allah menyelamatkan Bani Israel dari kekejaman Firaun dan tentera-tenteranya serta menenggelamkan Firaun ke dalam laut akibat keingkaran dan keangkuhannya. Oelh yang demikian tarikh 10 Muharram ialah merupakan tarikh di mana bermulanya episod baru dalam kehidupan Bani Israel setelah berabad lamanya ditindas oleh rejim Firaun di bumi Mesir. Firman Allah SWT yang bermaksud : Dan Kami bawakan Bani Israil ke seberang Laut Merah, lalu dikejar oleh Firaun dan tenteranya, dengan tujuan melakukan kezaliman dan pencerobohan, sehingga apabila Firaun hampir tenggelam berkatalah ia (pada saat yang genting itu): "Aku percaya, bahawa tiada Tuhan melainkan yang dipercayai oleh Bani Israil, dan aku adalah dari orang-orang yang berserah diri (menurut perintah)". – Surah Yunus, ayat 90.

Manakala hujah yang menyatakan bahawa peristiwa ini berlaku pada tarikh 10 Muharram ialah hadis yang bermaksud : Diriwayatkan daripada Ibnu Abbas r.a katanya: Sewaktu Rasulullah s.a.w tiba di Madinah, baginda mendapati orang-orang Yahudi berpuasa pada hari Asyura. Ketika ditanya tentang puasa mereka itu, mereka menjawab: Hari ini adalah hari kemenangan yang telah diberikan oleh Allah kepada Nabi Musa a.s dan kaum Bani Israel dari Firaun. Kami merasa perlu untuk berpuasa pada hari ini sebagai suatu pengagungan kami padaNya. Lalu Rasulullah s.a.w bersabda: Kami lebih berhak daripada kamu dan Nabi Musa dalam hal ini. Kemudian baginda memerintahkan para Sahabat supaya berpuasa pada hari tersebut. – Hadis diriwayatkan Bukhari, Muslim, Abu Daud, Ibnu Majah dan Tirmizi. Kesemuanya di dalam Kitab Puasa.

Di dalam hadis yang tersebut di atas, Nabi SAW tidak menolak dakwaan Bani Israel bahawa pada tarikh 10 Muharram itu ialah tarikh di mana nabi Musa dan kaumnya diselamatkan oleh Allah SWT. Secara tidak langsung, perintah baginda supaya para sahabat berpuasa pada hari tersebut ialah satu pengiktirafan kepada dakwaan Bani Israel.

Manakala peristiwa lain yang berlaku pada 10 Muharram juga ialah pembunuhan Hussein RA di Karbala semasa perselisihan faham dengan tentera Yazid bin Muawiyah. Persitiwa ini membawa kesan besar di dalam sejarah yang seterusnya menjadi amalan penganut-penganut mazhab Syiah untuk merayakannya setiap tahun. Perayaan ini dapat dilihat dengan jelas di Iran dan sebahagian besar kawasan di Iraq.

Peristiwa lain yang dikatakan berlaku pada 10 Muharram ialah mendaratnya kapal Nabi Nuh as di atas bukit Judi sebagaimana yang diriwayatkan oleh Ibnu Abbas. Nabi Nuh kemudiannya berpuasa pada hari tersebut sebagai tanda kesyukuran kepada Allah SWT. – Dr. Yusuf Al-Qaradhawi, www.islamonline.net

Mengenai ibadat puasa pada hari ‘asyura ini, Syeikh Sayyid Sabiq di dalam kitabnya Fiqhus-Sunnah menyenaraikan beberapa hadis yang menyatakan kelebihan berpuasa pada hari tersebut. Antaranya :

  1. Daripada Abu Hurairah RA : Rasulullah SAW ditanya, apakah solat yang paling afdhal selepas solat fardhu? Baginda menjawab, “Solat pada pertengahan malam.” Kemudian ditanya lagi, apakah puasa yang paling afdhal selepas puasa Ramadhan? Baginda menjawab, “(Puasa pada) bulan Allah yang kamu gelarkan sebagai Muharram” – Diriwayatkan oleh Muslim, Ahmad dan Abu Daud.
  2. Daripada Muawiyah bin Abu Sufian bahawa dia mendengar Rasulullah SAW bersabda, “Hari ini ialah hari ‘asyura dan tidak diwajibkan ke tas kamu berpuasa sedangkan aku berpuasa. Maka barangsiapa yang ingin berpuasa, berpuasalah manakala barangsiapa yang ingin berbuka, berbukalah.”
  3. Daripada Aisyah RA berkata, “Sesungguhnya hari ‘asyura merupakan hari yang berpuasa padanya kaum Quraisy di zaman Jahiliyyah. Adapaun Rasulullah SAW juga berpuasa padanya. Apabila baginda memasuki Madinah, baginda terus berpuasa dan memerintahkan manusia berpuasa. Apabila diwajibkan puasa Ramadhan, baginda bersabda, “Barangsiapa yang ingin berpuasa, teruskan. Barangsiapa yang ingin meninggalkan (juga dibolehkan). – Muttafaq ‘Alaih
  4. Daripada Ibnu Abbas RA berkata :  Nabi SAW memasuki Madinah dan melihat orang-orang Yahudi berpuasa pada hari ‘asyura. Baginda bertanya, “Apakah ini?” Mereka menjawab, “Ini ialah hari yang baik, Allah menyelamatkan di dalamnya Musa dan Babi Israel daripada musuh mereka, lalu Musa berpuasa.” Maka Rasulullah bersabda, “Kami lebih layak terhadap Musa daripada kamu.” Baginda kemudiannya berpuasa dan memerintahkan para sahabat berpuasa. – Muttafaq ‘alaih
  5. Daripada Abi Musa Al-Asy’ari RA berkata, : “Ini ialah hari ‘asyura yang dimuliakan oleh kaum Yahudi dan dijadikan hari raya. Maka Rasulullah SAW berkata, “Berpuasalah kamu semua.” – Muttafaq ‘alaih
  6. Daripada Ibnu Abbas RA berkata : Apabila Rasulullah SAW berpuasa pada hari ‘asyura dan memerintahkan para sahabat berpuasa padanya, mereka berkata : Wahai Rasulullah, ini ialah ahri yang dimuliakan oleh Yahudi dan Nasrani. Maka Rasulullah SAW berkata, “Pada tahun hadapan – Insya Allah- kita berpuasa pada hari kesembilan.” Maka tidak tibanya tahun hadapan itu sehingga wafatlah Rasulullah SAW. – Diriwayatkan oleh Muslim dan Abu Daud. Di dalam lafaz yang lain disebut sabda Rasulullah SAW : “Seandainya aku masih hidup pada tahun hadapan, aku akan berpuasa pada hari kesembilan (iaitu bersama hari ‘asyura) – riwayat Ahmad dan Muslim.

 

Berdasarkan kepada hadis-hadis di atas, para ulama mengambil kesimpulan bahawa disunatkan berpuasa pada hari ‘asyura di dalam tiga kaedah :

 

  1. Puasa pada tiga hari iaitu 9, 10 dan 11 Muharram.
  2. Puasa pada hari ke 9 dan 10 Muharram
  3. Puasa pada hari ke 10 sahaja.

 

Seandainya timbul persoalan, bagaimanakah Nabi SAW menyontohi kaum Yahudi berpuasa pada 10 Muharram padahal baginda sendiri melarangnya di dalam sabdanya, “Berbezalah kamu dengan Yahudi serta Nasrani… berbezalah dengan Musyrikin..”. Maka kita menjawab bahawa puasa Nabi SAW pada 10 Muharram bukanlah semata-mata menyontohi kaum Yahudi bahkan kaum Quraisy telah terlebih dahulu berpuasa pada hari tersebut sebagaimana yang disebut di dalam hadis di atas yang diriwayatkan oleh Aisyah RA. Oleh yang demikian, dapat diambil kesimpulan bahawa sunnah berpuasa 10 Muharram dimulakan oleh syariat Nabi Ibrahim sebelum diamalkan oleh kaum Yahudi. – Dr. Yusuf Al-Qaradhawi, www.islamonline.net

 

Manakala kelebihan beramal pada 10 Muharram disebut di dalam satu hadis yang bermaksud : “Sesiapa yang meluaskan (memudahkan urusan) ke atas dirinya serta ahlinya pada hari ‘asyura, Allah SWT akan meluaskan padanya sepanjang tahun..” Hadis ini diriwayatkan oleh Imam Baihaqi dan Ibnu Abdil Barr. Hadis ini mempunyai sanad-sanad yang lain namun dikatakan kesemuanya ialah sanad yang dhoif. Bagaimanapun jika digabungkan sebahagiannya dengan yang lain, ia boleh diterima sebagai hadis yang kuat. – Syeikh Sayyd Sabiq, Fiqhus-Sunnah.

 

Adapun amalan masyarakat Melayu kita yang merayakan hari ‘asyura dengan mengadakan program membuat bubur ‘ayura adalah satu perbuatan yang tidak pernah dilakukan oleh baginda SAW. Apatah lagi jika dinisbahkan perbuatan tersebut kepada Nabi Nuh AS dengan mendakwa bahawa Nabi Nuh AS membuat bubur tersebut apabila turun dari kapal. Ia adalah satu dakwaan yang sama sekali tidak mempunyai sandaran di dalam agama. Oleh yang demikian, jika tetap mahu diadakan program membuat bubur tersbeut, perlulah diyakini bahawa ia tidak lebih dari program gotong-royong dan jamuan makan yang sememangnya digalakkan di dalam Islam. Manakala membuat bubur itu sendiri seandainya diyakini datang daripada sunnah Rasulullah SAW atau Nabi Nuh, maka ia adalah kepercayaan yang karut dan perlu diperbetulkan. Wallahu a’lam.

 

1


Posted at 10:23 am by najahnasriah
Make a comment  

Saturday, February 12, 2005
BLESSED MUHARRAM 1426H

Blessed Muharram

SALAM MAAL HIJRAH 1426H ...
YA ALLAH,
KAU AMPUNKANLAH DOSA-DOSAKU...DI AWAL NAFASKU HINGGA KE HARI SEMALAM..
BERKATILAH ATAS SETIAP AMAL IBADAH,USAHA,PEKERJAAN DAN SEGALA YANG KU LAKUKAN...
SESUNGGUHNYA SEGALA -GALANYA UNTUKMU..
KAU BERIKANLAH HIDAYAH & INAYAH PADA DIRIKU...DALAM BIMBINGAN KASIH SAYANGMU..

Posted at 05:32 am by najahnasriah
Make a comment  

Monday, February 07, 2005
love

Cinta...

Seandainya aku menyintai manusia,
Tak semestinya manusia jua menyintai aku,
Tetapi seandainya aku melabuhkan cintaku kita kpd Allah,
Nescaya cinta itu tiada penghujungnya...

Seandainya aku menyintai manusia,
Aku akan cemburu kpd org yang menyintai org yg aku cintai,
Tetapi seandainya aku menyintai Allah,
Aku jua akan menyintai org yg menyintai Allah

Someone...Somewhere

You are Everything To Somebody
Right now at this very minute-----------



someone
is very proud of you

someone
is thinking of you

someone
cares about you

someone
misses you

someone
wants to talk to you

someone
wants to be with you

someone
hopes you aren't in trouble


someone
is thankful for the support you have
provided

someone
wants to hold your hand

someone
hopes everything turns out all right

someone
wants you to be happy


someone
wants you to find them

someone
is celebrating your successes

someone
wants to give you a gift

someone
think you ARE a gift

someone
hopes you are not too cold, or too hot

someone
wants to hug you

someone
loves you

someone
wants to lavish you with small gifts

someone
admires your strength

someone
is thinking of you and smiling

someone
wants to be your shoulder to cry on

someone
wants to go out with you and have a lot of fun

someone
thinks the world of you

someone
wants to protect you

someone
would do anything for you

someone
wants to be forgiven

someone
is grateful for your forgiveness

someone
wants to laugh with you about old times

someone
remembers you and wishes you were there

someone
is praising God for you

someone
needs to know that your love is unconditional


somebody
values your advice

someone
wants to tell you how much they care

someone
wants to stay up watching old movies with

you

someone
wants to share their dreams with you

someone
wants to hold you in their arms

someone
wants YOU to hold them in your arms

someone
treasures your spirit

someone
wishes they could STOP time because of
you

someone
praises God for your friendship and lov
e

someone
can't wait to see you

someone
wishes that things didn't have to change

someone
loves you for who you are

someone
loves the way you make them feel

someone
wants to be with you

someone
is hoping they can grow old with you

someone
hears a song that reminds them of you

someone
wants you to know they are there for you

someone
is glad that you're their friend

someone
wants to be your friend

someone
stayed up all night thinking about you

someone
is alive because of you

someone
is remorseful after losing your
friendship

someone
is wishing that you would notice them

someone
wants to get to know you better

someone
believes that you are their soul mate

someone
wants to be near you

someone
misses your guidance and advice


someone
values your guidance and advice


someone
has faith in you


someone
trusts you

someone
needs you to send them this letter

someone
needs your support

someone
needs you to have faith in them

someone
needs you to let them be your friend

someone
will cry when they read this

Tak perlu ku lihat lagi air matamu...

 

 
muslim girl's Avatar


Jika kau merasa lelah dan tak berdaya dari usaha  yang sepertinya sia-sia..
Allah SWT tahu betapa keras engkau sudah  berusaha.

Ketika kau sudah menangis sekian lama dan  hatimu masih terasa pedih...
Allah SWT sudah menghitung  airmatamu.
 
Jika kau fikir bahwa hidupmu sedang menunggu  sesuatu dan waktu serasa berlalu begitu saja...
Allah SWT sedang  menunggu bersama denganmu.

Ketika kau merasa sendirian dan  menunggu teman-temanmu menelefon...
Allah SWT selalu  berada disampingmu.
 
Ketika kau fikir bahwa kau sudah mencuba  segalanya dan tidak tahu hendak berbuat apa lagi...
Allah SWT  punya jawapannya.
 
Ketika segala sesuatu menjadi tidak masuk akal  dan kau merasa tertekan...
Allah SWT dapat  menenangkanmu.


Jika tiba-tiba kau dapat melihat  jejak-jejak harapan...

Allah SWT sedang berbisik  kepadamu.

Ketika segala sesuatu berjalan lancar dan kau merasa  ingin mengucap syukur...

Allah SWT telah  memberkatimu.

Ketika sesuatu yang indah terjadi dan kau  dipenuhi ketakjuban...

Allah SWT telah tersenyum  padamu.


Ketika kau memiliki tujuan untuk dipenuhi dan mimpi  untuk digenapi...
Allah SWT sudah membuka matamu dan memanggilmu dengan namamu. 

Ingat bahwa dimanapun kau atau kemanapun kau menghadap...
Allah SWT TAHU ....... 
   
cheeky's Avatar

Tak perlu ku lihat lagi air matamu...

 

Posted at 06:18 am by najahnasriah
Make a comment  

Sunday, January 30, 2005
serikandi cinta ii

“Hawa dijadikan daripada rusuk kiri Adam. Bukan daripada tangan untuk dijadikan penjunjung, bukan daripada kaki untuk dijadikan pengalas. Tapi daripada sisinya untuk dijadikan teman hidup. Dekat dengan lengan untuk dilindungi dan dekat dengan hatinya untuk dikasihi.”

Angin syimal Perlembahan Nil menampar lembut wajah saya. Sesekali mendongak ke hamparan langit nan nebula, saya terpandangkan wajah ayu itu. Ah! Rindu ini menggamit lagi. Lantas kenangan demi kenangan menerpa ke dimensi ingatan. Saya pejamkan mata rapat-rapat. Nah! Mata hati saujana terbentang, mencari kembali kasih gadis yang telah pergi buat selama-selamanya itu. Tanpa disedari, air jernih tumpah dari kolam mata. Sungguh! Perpisahan yang direncana Ilahi amat menduga saya. Wardah kini telah pergi mendakap ketentuan yang hakiki.

Oh ya! Petang tadi, saya ada menerima sepucuk surat dari Malaysia. Mungkin ummi atau Kaklong. Lantas, saya menyiat bucu sampul. Meneliti nama pengirim warkah bertulisan tangan, kemas. Muadz!

Assalamualaikum…

Salam nur sobah kuhulurkan untuk dirimu yang jauh di mata, namun senantiasa dekat di hati ini. Apa khabar dirimu di sana? Harapanku moga kau terus tabah menghadapi hidup yang penuh ujian ini. Tenangkah bayu di bumi Anbiya? Putihkah gumpalan awan di bumi barakah itu? Cemerlangkah sinar al-sham di langit Mesir? Kepingin jua aku untuk menjejakkan kaki di bumi yang melahirkan ramai ulama terbilang itu. Harapanku agar kau jua bakal membawa pulang mutiara indah yang kau kutip di sana, Insya Allah.

Haikal,

Marsummu telah kuterima seminggu yang lalu. Terima kasih kerana kau masih mengingatiku. Ternyata sungai ukhuwah kita masih mengalir dan sungai ini pastinya kan terus mengalir hingga tumpah ke samudera nan membiru, membentuk ukhuwah yang lebih kukuh dan sejati. Membaca kisah pasang surut kehidupanmu yang kau nukilkan di marsummu, membuatkan diriku terpana. Aku tidak mahu menghukummu kerana kuyakin kini kau telah menemui kembali sinar cahaya di hujung pencarianmu. Aku bersyukur kerana kau sempat tersedar daripada kesilapanmu. Bila runtuhnya menara kesombongan diri, terlerai dosa yang telah terpaku. Ayuh! Atur setiap langkah mengejar ganjaran Ilahi. Tinggalkan satu jejak untuk Islam.

Tubir mata saya digenangi air jernih. Saya sedar kebersalahan saya pada diri sendiri, pada kedua ibu bapa yang banyak berkorban untuk kebahagiaan saya, pada Wardah, pada sahabat-sahabat, malah yang lebih jelas saya berdosa pada Allah! Syukurlah. Hidayah Ilahi masih melimpah dalam nurani…

Haikal,

Ketika tinta ini menumpahkan bait bicaraku untukmu, isteriku sedang mentartil Surah Maryam untuk zuriat keduaku yang bakal lahir sepurnama lagi. Aku bersyukur kerana dikurniakan permaisuri hati sepertinya. Benarlah! Sebaik-baik perhiasan dunia itu adalah wanita solehah. Di sisinya, puteri sulungku, Aisyatul Humaira’ yang kuambil namanya bersempena dengan nama isteri kesayangan Rasulullah, Saidatina Aisyah yang banyak meriwayatkan hadis serta menjadi tempat rujukan setelah kewafatan baginda. Terpandang wajahnya, mengembalikanku pada kenangan nan lalu yang masih utuh dipasak kerinduan.

Aku jua punya kisah duka tragis di lembaran sejarah penghidupan. Justeru, aku dapat menyelami rasa hatimu tatkala membaca warkahmu. Benarlah! Hatikan terasa pedihnya saat menanggung rindu. Saratnya duka untuk melepaskan insan yang dicintai pergi ke negeri yang abadi. Namun takdir itu lebih berhak!

Saya terpaku. Bait warkahnya saya baca berulang kali. Dia punya isteri yang solehah, puteri yang comel malah bakal menimang zuriat kedua. Ah! Tidak bahagia lagikah rafiq saya ini? Justeru saya tertanya-tanya sendirian, wujud insan ketigakah antara dia dan isterinya? Terus-terusan, mata saya melirik kalam warkah selanjutnya.

Haikal,

Puisi dan sastera telah menemukan kami. Dalam lembar nukilan, putik kasih kian menguntum. Aku terpana dengan bait puitisnya yang mengalun irama jihad. Justeru membangkitkan semangat dan mencabar ego lelakiku yang jarang sekali menukilkan sesuatu seperti itu. Nah! Aku semakin rasa tercabar tatkala isu Iraq menjadi perhatian utamanya. Kau tahu! Dia begitu hebat berhujah dengan isu tersebut, malah setiap inci kejadian di Iraq dinukilkan dalam lembaran karyanya. Wah! Hebat sekali perawan itu.

Paling aku kagumi ialah kesungguhannya mentafsir kejadian pengeboman di Bali lewat bait-bait puisinya. Kau tahu! Dia punya cara tersendiri menyokong gerak kerja sesuatu jemaah Islamiah. Tunggulah! Akan kukirimkan untukmu karya-karyanya. Pasti akan terkesan di hatimu.

Kiranya belum kumaklumkan padamu. Gadis yatim piatu, berlesung pipit nan ayu yang kukagumi itu asalnya dari negara seberang. Berdarah campuran Bugis dan Melayu. Keluarganya sebetulnya dari Tanah Melayu, namun berhijrah ke Acheh justeru menetap di sana. Kukira aku begitu bertuah kerana dapat mengenali perawan nan satu ini. Nawwar Zulaikha ! Seindah namanya, sesuci perjuangannya…

Festival Nusantara Penulis-Penulis Muda Indonesia dan Malaysia pertama kali menemukan aku dengan gadis itu. Suaranya menggegar dewan tatkala mengalun Ode Syuhada Palestin. “Malam yang menggerikan. Memerah darah suci syuhada Palestin. Fajar terbit pucat. Dalam keterpaksaan, menyuluh langkah kezaliman. Menyiat Al-Aqsa penuh kejam. Dan di sini kita, masih hidup tenang-tenang. Sedang di sana, bumi nan barakah direnggut kesucian.”

Saya semakin keliru. Dia terlalu mengkagumi gadis seberang nan satu itu. Siapakah Nawwar Zulaikha di hati Muadz? Ya! Sebetulnya, andai dihayati bait puisi Ode Syuhada itu, terus-terang saya katakan puisi itu ada nilai a’lanya. Justeru, hati saya meronta-ronta mahu membaca kalimah-kalimah selanjutnya.

Haikal,

Zulaikha begitu mengkagumi tanah tumpah kelahirannya. Katanya bumi Acheh itu adalah antara salah sebuah pusat sastera agama di nusantara suatu ketika dahulu. Seawal 1873, suara jihad mula bergegar di Acheh menentang pemerintahan Belanda. Jihad tidak hanya dalam perang senjata tajam, malah juga perang kertas. Para sasterawan Acheh telah memperjelaskan ide-ide perang dan jihad dalam dua hasil karya sastera teragung Acheh pada zaman itu : Hikayat Perang Sabil dan kumpulan syair Melayu yang khusus membicarakan peranan Habib AbdulRahman.

Pada akhir abad ke 16 dan abad 17, lahir sasterawan-sasterawan terbilang seperti Hamzah Fansuri, Syamsuddin, Ar-Raniry dan Abdul Rauf. Sekitar tahun 1750 hingga 1800, Palembang telah mengambil alih peranan Acheh justeru akibat kemunduran Acheh. Maka kesan yang lebih ketara pada period ini ialah pertentangan antara kaum Wihdatul Wujud dan Pembela Tasawwuf. Selepas itu, muncullah daerah Banjarmasin sebagai pusat berkembangnya berbagai-bagai syair, hikayat dan ceritapanji. Antara tokoh yang terkenal kala itu ialah Muhammad Arshad Al-Banjiri. Pusat sastera Melayu keempat ialah di Minangkabau pada 1850 hingga 1920. Tokoh-tokoh sastera seperti Ahmad Chatib Minangkabau sampailah ke Haji Rasul telah menerbitkan karya sastera agama dalam bahasa Melayu-kuno.

Nah! Ternyata gadis kelahiran Acheh ini begitu menambat hatiku justeru pengetahuannya yang begitu mendalam tentang sastera. Aku jua tidak mungkin dapat mencungkil informasi sastera lama sepertinya. Benarlah seperti katanya. Yang baru itu hadir daripada kekuatan yang lama. Pokok tidak akan dapat bertahan kala ribut dan taufan, andai tunjangnya tidak terpasak kukuh. Andai sastera dipinggir dan tidak dipedulikan di nusantara suatu ketika dulu,pasti sudah luput identiti bangsa.

Haikal,

Mengenali dan menghayati perjuangannya, membuatkan naluriku terkesan. Dia mengajarku berjuang melalui tinta. Justeru lewat warkah-warkahnya dari seberang pasti terselit satu puisi jihad yang menyemarakkan api semangatku. Nah! Aku tidak mampu menipu diriku lagi. Kerna aku semakin sedar yang hatiku sudah semakin dekat dengan hatinya. Lantas kuluahkan segala yang terbuku di dada. Menyunting gadis berdarah jihad itu menjadi suri hidupku. Justeru hanya dia yang kurasakan layak menjadi sayap kiriku untuk sama-sama terbang di daerah perjuangan mencari Maghfirah Ilahi.

Nah! Itulah lembar warkahnya yang terakhir. Setelah kunyatakan seikhlasnya harapan yang kusandarkan untuknya, dia membisu. Diam tanpa khabar. Mungkinkah aku hanya merenung purnama di langit yang tak mungkin jatuh ke ribaan menanti? Nawwar Zulaikha yang kugelar gadis jihad itu sepi dan khali daripada berita. Kenapa dia? Tidak layakkah aku untuk mawar suci sepertinya? Atau terlalu awalkah aku meluah hasrat?

Malam Deklamasi Puisi di Jakarta menemukan kami kembali. Takdir menyusun perpisahan dan takdir jua yang mempertemukan. Aku kepingin bertanyakan hal itu, namun kurasakan dia seakan mengelak. Wajahnya tidak seceria dulu. Dia kurasakan menyimpan beban derita nan sarat. Aku hampirinya. Memandang wajahnya, dia bukan gadis jihad yang kukenal. Bibirnya pucat. Matanya tampak keletihan. Dirinya kelesuan. Dapat kurasakan api semangat pudar dari dalam jiwanya. Pantas, aku bertanya keadaannya. Dia tersenyum kelat. Seketika, aku mulai ragu-ragu dengan senyuman itu.

Haikal,

Kau tahu apa yang terjadi? Dia jatuh pengsan sewaktu mendeklamasikan puisi di pentas. Aku jadi kaget. Dadaku sendat seakan-akan dihenyak sesuatu. Pantas, aku menawarkan diri membawanya ke rumah sakit. Lama dia diperiksa doktor dan awanan hitam menyelubungiku ketika doktor mengatakan dia perlu ditahan di wad. Kenapa? Aku semakin keliru. Kuhampiri Zulaikha bertanyakan hal yang sebenar. Nah! Baru kuketahui, selama 7 bulan kesepiannya itu, dia menjalani dialisis buah pinggang. Justeru terus-terusan tidak mahu membebankanku dengan derita sakitnya, dia mengambil keputusan mendiamkan diri.

Air mata yang kutahan tak mampu kubendung. Katanya, dia bukan wanita yang selayaknya untukku. Malah, dia yatim piatu yang dipelihara di rumah anak-anak yatim. Tidak pernah merasai saljunya kasih ayah. Tidak pernah merasainya lembutnya belai sayang seorang ibu. Lantas hanya tahu menagih simpati masyarakat menghulur wang saku untuk belanja hari-hari. Oh Zulaikha! Tak kutahu kisah hidupmu penuh ranjau lantaran semangat jihadmu yang telah menyembunyikan kesedihan dan duka sejarah hidupmu.

Hatiku semakin terpaut padanya. Kekentalan semangatnya dan kesabarannya menempuh ujian Ilahi membangkitkan rasa kasihku. Dia kulamar buat kesekian kalinya. Lantas menjujuh titisan jernih dari birai matanya. Kucuba menyakinkannya dengan keikhlasan dan kejujuran cintaku. Aku bersedia mengharungi segala-galanya bersamanya kerana daripada dialah kukenal erti perjuangan yang sebenar walaupun hanya melalui sebatang pena. Tak pernah kurasa kasih sebegini lantaran itu istikhorahku saban malam, hanya dirinya yang hadir mengetuk mimpi malamku.

Saya jadi tersentak! Murninya hati Muadz kerana rela menyunting kuntuman wardah itu menyeri bustan hatinya. Memang sukar untuk direalitikan namun saya kira Muadz sudahpun berjaya. Saya kagumi keikhlasan cinta Muadz sehingga saya sendiri malu mengingati kejahilan yang pernah saya lakukan dulu.

Haikal,

Bukan mudah untuk kuyakinkan dia. Namun, dengan Rahmat kasih Tuhan serta restu kedua ibu bapaku, cincin nan satu itu tersarung jua di jari manisnya. Dialah isteri solehah yang kudamba dapat bersama-samaku menyelusuri denai perjuangan seperti Ummul Mukminin Khadijah, sayap kiri perjuangan Rasulullah. Dialah permata hati yang kudamba dapat mendamaikan hatiku saat ujian getir menimpa. Dialah mestika yang kuharap mempunyai nurani nan taqwa, menunjukiku jalan kebenaran saat aku tersasar kesesatan, mempunyai nilai maruah yang tiada tandingan. Dan dialah wanita suci yang kudamba, menyusuri hidup penuh kesederhanaan. Lantas mampu menyejukkan hati setiap kali memandang. Dan kala malam nan kedinginan, rukuk dan sujud menagih cinta hakiki.

Dua minggu sekali, aku akan membawa Zulaikha ke pusat dialisis buah pinggang. Aku akui, dugaan nan berat perlu jua aku tempuhi kerana itu janjiku padanya. Malah telah kuthabatkan di hati bahawa segala-gala yang ditakdirkan Allah untukku pasti ada hikmahnya. Aku tidak kecewa lantaran aku sendiri yang mengambil tanggungjawab untuk melaksanakan tugas nan menduga ini. Kau tahu Haikal… Hatiku tersentuh saat jarum nan halus menmbusi urat-urat hijaunya. Ya Allah! Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul. Kesabaran dan ketabahannya membuatkan aku semakin menyayanginya. Dia wanita setabah Sumaiyyah dan Masyitah.

Aku sudah tidak sanggup untuk melihat dia derita lagi. Aku mengambil keputusan nekad untuk membawanya ke China bagi menjalani pembedahan buah pinggang. Syukurlah! Allah itu Maha Pengasih. Zulaikha selamat dibedah. Setahun berlalu, dia turut menghadiahkanku dengan khabar yang cukup membuatkanku untuk lebih mengasihinya. Rumah kami bakal diserikan dengan kehadiran seorang cahaya mata, pengerat kasih aku dan dia. Ternyata kesihatannya dan kelahiran orang baru ke rumah kami, cukup untuk membuatkanku menghargai nikmat kehidupan ini.

Saya tersenyum sendirian. Syukurlah! Sahabat saya bertemu dengan wanita solehah yang sering didambanya. Bertuahnya Muadz kerana dikurniakan permaisuri hati sehebat Asiah. Wanita yang tidak gentar dengan kezaliman Firaun. Ya! Saya kagumi kesabaran Zulaikha mengharungi ujian sakit. Malah ujian dan dugaan itu jua yang mampu mendidik rohaninya menjadi insan yang lebih bertaqwa dan tahu menghargai nikmat yang dikurniakan Ilahi.

Haikal,

Terus-terusan aku mengkagumi kesabaran dan ketabahan wanita itu. Ketika aku membawanya bercuti, meraikan ulangtahun perkahwinan kami yang ketiga, Zulaikha mengadu sakit di pinggangnya. Rungutannya ternyata membuatku resah. Aku terus membawanya ke klinik menjalani pemeriksaan. Ya Allah! Hatiku berderai pecah, tatkala diagnosis doktor mengatakan bahawa isteriku hanya mampu hidup selama setahun sahaja lagi. Rabbi! Apa yang mampu kulakukan untuknya? Serasa gelap pandanganku dan serasa mahu saja kuberi nyawaku untuk dia terus menikmati hidup ini. Kupandang wajah yang penuh kepasrahan itu. Dalam ribaannya, Aisyatul Humaira’ kukucup. Kugenggam erat jemari Zulaikha. Titis memanik jernih tumpah ke jemariku. Hangat, namun kupasti penuh redha menghadapi ketentuan hakiki.

Suatu malam kala bayu kedinginan, bicara Zulaikha menyentak lamunku. Permintaannya cukup berat untuk kutunaikan. Dia memintaku berkahwin lagi. Aku terkesima! Mana mungkin! Ah… samudera kasihnya begitu dalam untukku, Haikal. Tidakkan mampu kucari wanita semurni Zulaikha. Katanya, cintanya padaku sekukuh cinta Zulaikha kepada Yusuf. Kerna cinta, dia sanggup mengorbankan segala-galanya demi kebahagianku. Masanya semakin suntuk. Dia tidak mahu kupertaruhkan hidupku semata-mata untuk dirinya yang bakal pergi. Nah! Hatiku semakin tersiat kala dia mengatakan dia sudah ada calonnya untukku. Seseorang yang mampu mengasihiku dan menjagaku lebih daripada dia menyayangiku malah wanita yang mampu menjadi ibu kepada Aisyatul Humaira’ dan anak-anakku kelak.

Terus-terang kukatakan padamu, aku tidak bersetuju dengan permintaannya. Biarlah aku bersamanya hingga ke akhir hayat kami. Aku cuba meyakinkan dia bahawa ajal maut itu di tangan Tuhan. Dengan takdir Ilahi berkemungkinan dia bisa hidup lebih lama lagi. Itulah yang selalu kudoakan dalam tahajudku saban malam. Kukatakan padanya, aku tidak akan mampu menerima cinta selain cintanya. Sementelah, dialah yang telah mempertaruhkan nyawa, berjuang antara hidup dan mati semata-mata untuk mmberiku zuriat.

Warkah Muadz membuatkan saya terkedu. Hibanya hati saya mengenangkan pengorbanan murni seorang wanita. Lantas memori bersama Wardah menerpa ke ruang ingatan. Benarlah! Mawar yang disirami air ketaqwaan akan bisa tumbuh subur, mewangi di jambangan hati.

Haikal,

Selepas pulang daripada mengajar, aku melihat Zulaikha berbual dengan seorang gadis yang tidak kukenali. Ah! Manis sekali gadis itu. Berbaju kuning langsat. Terserlah lagi keayuannya dengan tudung kuning berflora. Seperti biasa Zulaikha menyambut kepulanganku dengan senyuman. Dia mengajakku duduk dan memperkenalkanku kepada gadis itu. Kau tahu Haikal… Gadis yang diperkenalkan oleh Zulaikha itu adalah bakal isteriku. Nah! Aku tidak mampu menahan amarah lagi. Lantas aku bangun dan terus melangkah keluar. Kurasakan Zulaikha sudah hilang pertimbangan. Mana mungkin aku mengahwini gadis yang langsung tidak kukenali dan menduakan kasihku pada Zulaikha. Ah! Aku tidak akan bersetuju. Sampai bila-bilapun jawapanku tetap tidak.

Malam itu, Zulaikha menghampiriku. Seharian aku tidak berbicara dengannya. Kala itu, dia mula berbicara. Tuturnya yang lembut dan penuh hemah itu membuatkanku terharu. Dia meyakinkanku, segala-gala yang dilakukannya untukku adalah semata-mata untuk kebaikan aku dan puteri kami. Katanya, dia tidak yakin dia mampu memberi kebahagiaan kepadaku lantas dia redha dan pasrah dengan kehendak takdir. Puas dia beristikhorah mencari petunjuk Ilahi. Maka keputusan yang dibuatnya adalah rencana yang ditunjuki Rabbi. Mudah-mudahan aku dapat mengecap nikmat bahagia, melayari bahtera rumahtangga bersama Nasulhah, gadis pilihan Zulaikha untukku.

Benarlah! Takdir yang menjengah memerlukan kesabaran dan ketabahan kita sebagai hamba Ilahi nan dhoif. Seminggu selepas aku diijabkabulkan, Zulaikha pergi buat selama-lamanya. Kini, di pundakku tergalas amanah Zulaikha. Isteriku Nasulhah yang perlu kusayangi dan lindungi, kenangan cinta Zulaikha, puteri kami Aisyatul Humaira’ yang perlu kudidik dan kukasihi serta zuriat keduaku yang bakal lahir.

Aku mengasihinya Haikal! Dan selama-lamanya akan kekal begitu. Hatta tiada seorang pun yang kurasakan mampu menandingi kekuatan dan keutuhan pengorbanan Nawwar Zulaikha, srikandi cintaku!

Salam dari kejauhan,

Muadz Abrar…

Komen Mursyida;

Saya terpana. Tidak menyangka kisah dia berkesudahan begini. Saya seka memanik jernih yang bercucuran menitis. Benarlah! Pengorbanan sesuci itu hanya mampu dilakukan oleh insan yang benar-benar tabah dan jitu taqwanya. Ternyata, di sisi Muadz telah hadir seorang srikandi cinta yang telah membuktikan hebatnya kekuatan cinta seorang isteri buat suaminya. Moga Allah menyediakan Jannatul Firdaus yang di dalamnya mengalir sungai-sungai jernih serta diserikan dengan bustan indah buat srikandi cinta nan suci ini.

Posted at 08:57 am by najahnasriah
Make a comment  

Saturday, January 22, 2005
Catatan Syafarini

 



Sebuah catatan Pengalaman.....

Aceh 26 Dis. 2004, kronologi secebis pengalaman Syafarini antara 18 pelajar Malaysia yang terselamat.

Dengan lafaz Bismillahi tawakaltu 'alaLah yang menjadikan sebahagian peristiwa di Aceh untuk menjadi pengalamanku.

Pagi itu tenang, sunyi, yelah pagi hari minggu. Tak ada aktiviti kuliah pada pagi-pagi cuti. Selalunya lepas solat subuh pelajar-pelajar biasanya membaca AlQuran, berwirid, mentelaah kitab-kitab, menyiapkan tesis sambil wuduk depan pc laptop, mencuci pakaian dan mengemas rumah.

Pagi itu sibuk mengemas pakaian, membersihkan bilik rumah pelajar di Kompleks Ruzi, Jalan Tengku Diblang, Banda Aceh kedudukannya lebih kurang 3 hingga 4 km daripada persisiran pantai. Sambil asyik melipat pakaian dan mendengar lagu daripada laptop kawan, lagunya pulak lagu "Balik Kampung" dendangan Allahyarham Sudirman, cukup menyentuh hati hai lama tak balik kampung, terasa la rindu nak balik. Hari Raya baru ni pun memang tak balik kampung. Rindu benar nak  main dengan anak-anak saudara,  Syairah, Syafiqah, Zikry, Hareez, Syahmi, Zufayri, terhibur dan terkenang satu persatu wajah-wajah dan kenakalan deme tu. Tapi apakan daya tuntutan menuntut ilmu mengatasi segala-galanya demi memenuhi cita-cita yang tersemat di lubuk hati.

Lebih kurang jam 7 pagi lebih atau dekat-dekat jam 8 pagi keadaan sekeliling terasa berayun-ayun,terbuai-buai. Kitab-kitab dan buku-buku nota jatuh daripada rak.,dibetulkan kembali.. lalu jatuh balik. Eh kenapa ni, apa yang tak kena ni? pening ke ni? atau....? Haa ye lah gempa bumi ni., memang ada kawan pernah bagi tahu yang Aceh biasa dilanda gempa bumi 2,3 tahun lepas,tapi kini aku merasakannya sendiri la. Kedengaran kat luar rumah orang hiruk pikuk bunyi suara kawan-kawan bertempik, gempa bumi,..gempa bumi..keluarr..keluar dari rumah...!! Masa tu hanya terlintas nak capai passport, h/p dan tudung kepala.Lari keluar dan duduk di luar rumah. Tanah terus bergoyang-goyang, bukan setakat bergegar kecik anak tapi betul-betul bergoyang-goyang kiri dan kanan sama macam naik buaian besi ditolak orang waktu tu. Pening kepala tak stabil tak tahu nak cakap la. Tak dapat  nak berdiri langsung waktu tu.,yang boleh hanya duduk mencangkung. Nampak jelas ada tanah yang terbukak, merekah luas, ternganga macam nak telan si anak derhaka je gaya nya. Cukup kalut,cemas dan panik sungguh tak pernah rasa sebelum ni. Bekalan letrik terputus,talian hand phone tidak berfungsi sama sekali.

Gerak bumi bergempa terus menerus lebih kurang hingga 20 minit, fikiran tak menentu waktu tu.,rasa macam mimpi pun ada. Perasaan terkejut menyelubungi hati, betul ke gempa bumi ni?

Bila gerak gempa bumi mulai reda seketika, aku masuk balik rumah, kemaskan balik almari dan peralatan rumah yang dah jatu-jatuh. Dalam pada masa dok asyik kemas balik buku buku dan almari tu, dengar lagi sekali jeritan orang ramai kat luar tu..air naik..air naik..,air naik..! lari cepat..keluar..keluar dari rumahhh!! Tersirap darah dan tergamam dengar tempikan orang kat luar tu, terus je capai 1 beg kecil yang dalamnya passport,sedikit duit rupiah dengan tangan yang terketar-ketar akibat panik dan terkejut yang luar biasa benar tu.

Rupanya aku dah ditinggalkan oleh kawan-kawan yang lain, rupanya aku yang terakhir sekali keluar dari rumah tu., langsung tak nampak kawan-kawan sekampus,senegara, hilang lesap entah ke mana mereka tu. Sampai hati tinggalkan aku sorang diri, detik hati kecil ni. Sayu sebak kejap masa tu. Terus lari ikut arah penduduk kampung tu lari, nampak mereka menuju ke masjid.! Ya Masjid Jamek Al-Unshiah yang dikenali dengan sebutan masjid seribu tiang tu. Dalam masa yang sama jeritan amaran dan suara-suara menyuruh kami lekas berlari yang keluar daripada mulut pak polisi jelas di gegendang telinga ni. Merasa la juga kena jerkah  dan hamun daripada sorang pegawai polisi tu.."goblok kamu..!kenapa lambat sangat berlari?? mahu mati yaa..! tak nampak air bah besar tu??!!-dia juga dalam keadaan termengah mengah mencukupkan langkah seribunya.

Sesampai je kat masjid tu, memang orang kat situ dah beratus-ratus bilangan nya, keadaan cukup sesak berhimpit-himpit. Semua muka-muka tak kenal, rasa terasing sangat. Air mata ku dah mula mengalir, hiba sesangat. Mana la kawan-kawan dan orang yang aku kenal... Nampak satu kawasan ruang bawah sehingga, terus je duduk kat situ ambil tempat terlindung, gempa terus datang balik. Lagi sekali kepala pening dan macam nak kena migrain pun ada. Seingat waktu tu dekat pukul 9 pagi. Masa tu harapan dan kekuatan berdoa kepada Allah terasa berlainan sangat daripada hari hari biasa. Tak ada apa lagi ayat-ayat bacaan doa, hanya semacam Allah bersaksi di depan ku, aku bersaksi kepada Nya. Datang kekuatan berdoa.."Ya Allah tolonglah tunjukkan pada hamba dengan orang yang ku kenali kat sini.."-Terpancang satu sumber kekuatan yang entah dari mana sumber nya dalam doa itu.Tak semena-mena kaki terasa nak cuba naik ke atas ruang masjid, rupa-rupanya kat situlah dapat berjumpa dengan sekelompok kawan-kawan perempuanku serumah dan pelajar pelajar satu negara. Semua wajah wajah  muram, sedih, terkujat, terkejut, terlopong, yang gelak tawar-tawarpun ada datang menerjah padaku, sambil berpeluk menenangkan antara satu sama lain yang jelas masing-masing tak reti nak berkata apa-apa.Tapi yang pasti hampir semua kawan-kawanku menangis.

Ruang masjid cukup sesak sampai aku tak ada ruang nak duduk, hanya berdiri je sambil menangis senyap-senyap. Bunyi tangisan, teriakan, ratapan kat dalam masjid dah macam pesta sapa yang paling kuat je lakunya. Satu persatu suara terdengar "ratus dah tewas, ratus-ratus dah mati dah jadi korban air naik pak"".

Bunyi air bah menyapu bumi Aceh seperti bunyi guruh,seiring dengan bunyi suara sayup-sayup mintak tolong, bunyi suara kanak-kanak panggil ibu mereka, suara wanita dan lelaki tua makin lama makin tak dengar lagi dah. Orang lain waktu tu tak ada dah ingat dan sempat nak tengok orang lain lagi..semua nya nafsi-nafsi.

Gambaran kiamat betul-betul depan biji mataku.! Kiamat dah start ke ni?? Takut bukan kepalang. Kecut  bukan main. Nampak ada yang terkincit bincit dalam masjid, bauan hancingpun ada, rupanya ada yang terkecing dalam seluar sebab ketakutan tahap maksimum menerpa.

Dicelah suasana kelam kabut dan hiruk pikuk tu, ada seorang ustaz atau pak imam masjid tu mula memegang mikrofon dan memasang pembesar suara yang bekalan elektriknya dijana daripada sumber generator, mententeramkan orang ramai, minta semua bertenang..ingat pada Allah Ta'ala. Sejurus lepas tu pak imam mula.. mengalunkan zikir kalimah ..Lailah haillaLah...Lailah haillaLah... Lailah haillaLah... LailahhaillaLah..... Allahuakbar.. Allahuakbar..Allahuakbar..

AstaghafirulLahala'zim...

AstaghafirulLahala'zim...AstaghafirulLahala'zim.....SubhanalLah...SubhanalLah... SubhanalLah... Dan bermacam-macam bunyi munajat yang terhambur keluar daripada para penduduk  yang lari berlindung kat masjid jamek Al-Unshiah tu tak henti-henti,..kadang-kadang kuat..kemudian perlahan.. diselangi dengan suara sayu mendayu yang cukup menusuk kalbu sesiapa sahaja yang ada di situ. Tetiba je rasa masa tu nak bertaubat nasuha terpa kat hati ni.""Ya Allah hamba ni banyak lalai dan dosa, ampunilah diri ini Ya Allah, sesungguhnya Engkau Tuhan yang  Maha menerima ampun. Ampunilah hamba yang lemah dan tak terdaya ini. Siapalah hamba di sisi-Mu."

Terdetik masa tu aku nak isikan zikir latif yang aku terima baiah daripada murshid kat surau Jerlun yang  abang Lie bawakkan aku dulu. Jarang isi dan amalkan sebab sibuk dengan tugasan dan kerja-kerja metelaah di samping ibadah rutin yang lain. Masa tu sedang asyik dalam kewaridan nur zikirullah latifatul qalbi 5000 tu, terlintas semacam nak hantar mesej kat abang Lie kat Malaysia.. ni kalau abang Lie dapat tangkap perkabaran cara ruhani daripada adik dia ni, elok juga ni... taklah deme risau kat sana. Kurang-kurangpun dapat keluarga kat sana mendoakan keselamatanku kat sini Ingat masa tu pukul 10 pagi lebih.

Dalam pada doa dan orang ramai berzikir tu, bumi terus bergerak gempa, mata orang-orang dalam masjid tutertumpu satu haa ye..kat kubah masjid tu. Kalau la jatuh ke bawah, memang mati terbunuh serta merta la jawabnya menhenyakkan tubuh-tubuh manusia yang ada di antaranya sedang cedera parah di bawa masuk akibat terpelanting ditolak air masa bah datang menerjah kampung tadi. serba salah dibuatnya aku..nak keluar masjid air bah laut laju melanggar, nak duduk dalam masjid, kubahnya pulak macam nak goyang dan runtuh je... aku lari keluar di satu kawasan lapang di sudut yang tak dilanda air bah bagi menenangkan perasaan.

Dengan tak semena-mena nampak segerombolan manusia yang lari daripada satu arah lagi menuju ke arah kami di masjid, melompat pagar masjid mencari tempat perlindungan. Masa tu aku berlari sama untuk masuk ke dalam masjid balik.,waktu dalam berhimpit2 masuk ke ruang pintu utama masjid berkriuk-kriuk bunyi tulang manusia patah masa berebut-rebut tu...sempat aku  capai tangan seorang kawanku yang jatuh masa berebut masuk tu, nasib baik dia tak jadi mangsa dipijak oleh ratusan kaki-kaki manusia yang cemas dan panik itu. Kaki kanan ni dan terasa perit akibat dilanggar oleh seorang penduduk tempatan, masa tu betul-betul kena keraskan semangat, memang kena ada sikit perasaan nafsi-nafsi, kalau tidak memang nahas menimpa bagi yang lembik dan patah hati  pada waktu tu.Tengahari-mula lapar, kawan-kawan lelaki mula mencari bekalan air untuk kami minum, keadaan kami pelajar perempuan memang lemah sangat, sebab terkejut dan tak menjamah apa-apa makanan dari pagi tadi.

Pelajar lelaki keluar setelah air bah mulai surut. Pekedai dan peniaga dah tidak lagi berurus niaga barang-barang runcit mereka, semuanya dah bersedekah membantu mangsa-mangsa bencana pada hari itu. Dapatlah kami beberapa botol air mineral, sedikit biskut  kering dan beberapa bungkusan maggi makan kering untuk alas perut buat bekalkan tenaga balik. Datang seorang perempuan tua kepadaku mintak sekerat maggi kering katanya nak dibagikan kepada anaknya yang kelaparan, dengan titisan air mataku hulurkan sebahagian nya walaupun kita sendiri lapar...tak sampai hati kecilku...

Mayat-mayat manusia dan binatang berselerakan, darah-darah sana sini, ada yang putus tangan, ada yang bebola matanya tersembul, ku terpandang juga mayat seorang kakak usia nya, dimana rambut panjangnya tersangkut pada pagar rumah dan tak sempat lari mati di situ juga dilanggar air bah tsunami, tubuh tertusuk kayu dan atap-atap zink. Jasad-jasad manusia leper bawah runtuhan-runtuhan batu bangunan. Terhidu bauan darah yang hanyir, tak pernah ku hidu pun sebelum ini. Pada mula nya memang seram dan ngeri nak toleh pun, tapi lama kelamaan ku gagahkan tengok juga.

Bermalam di satu kawasan lapang berbumbungkan langit beralaskan plastik, memang tak dapat nak lelap sepicingpun, kawan-kawan sebelah ada yang dah mengigau,tak dapat nak tidur, perasaan libang libu sebab gegaran masih selang seli datang menggempa.

Hari ke 2 keadaan sedikit kurang cemas, ah boleh balik rumah. Keadaan rumah memang mengejutkan. Palitan tanda air bah terlihat nampak melepasi kayu gelegar bumbung rumah. Almari tonggang terbalik, cermin meja tercampak keluar, cuma satu keadaan yang agak aneh. Al-quran yang biasa aku baca selepas solat terapung-apung atas tilam tanpa basah walau sikit pun.! Maha suci Allah yang memelihara mukjizat Rasul Nya.!

Terngiang-ngiang kat telinga daripada penduduk setempat selepas kejadian bencana tu yang baru melanda semalam, bahawa ada sekumpulan tentera Indonesia yang berpengkalan di sekitar Banda Aceh yang  buat konsert berhampiran makam seorang waliyullah Syeikh Al-Unshiah (kalau tak silap saya), kumpulan itu ditegur oleh seorang pak Kiyai di situ, tetapi dibalasi dengan ugutan muncung pistol oleh salah seorang daripada mereka yang sedang bergembira di situ. Lalu pak kiyai itu memberi amaran, hati-hatilah kalian semua, tunggulah tidak lama lagi. Entahlah, tak berani saya nak buat apa-apa persepsi.

Syukurlah semua pelajar Malaysia dilindungi Allah dan terselamat dalam kejadian yang maha dahsyat  pada kami dan rupa-rupanya terjadi juga oleh sebahagian penduduk di negara-negara lain, kami tak  menjangkakan sebegitu. Sangkaan kami di Aceh sahaja.

Seorang pelajar lelaki yang saya panggil Own,.(Sharul Anwar Idris-daripada Kedah) menceritakan dan mengadu yang dia pagi tu memang tak sedap hati langsung.. serba serbi tak kena..malam tu buat tahajjud tak kena, bertadarus tak kena, telaah kitab rasa tak selesa.. memang luar biasa sungguh malam tadi,"dah nak mati aku nikut"...katanya seorang diri pada masa tu. Tak sangka tanda-tanda itu merupakan isyarat awal mereka bakal berhadapan dengan peristiwa bencana yang tak diduga itu.

Kami kumpulan pelajar Malaysia mula berlepas ke Medan pada hari Rabu, menaiki pesawat TUDM C130-Hercules. Daripada masjid Al-Unshiah, berdekatan Institut Agama Islam Negeri (IAIN) - Banda Aceh, kami menaiki pikap kecil yang digunakan sama untuk membawa mayat-mayat untuk menuju ke Lapangan Terbang Iskandar Muda Aceh.Terasa duduk di bandar zombie, habis baju jubahku melekat bauan mayat.

Terasa sayu dan sebak sungguh tak terkata sewaktu kami meninggalkan Banda Aceh. Terasa ingin sama-sama turut tinggal merasai penderitaan penduduk-penduduk di situ. Mata insan mana yang sanggup menatap tubuh bayi yang comel, se comel anak-anak saudaraku yang sedang rancak bermain,..kini kaku dengan keadaan tubuh yang ada diantaranya luka dan cacat anggota jenazahnya, terbayang imbasan anak-anak kakak dan abangku di kepala. Tampak wajah-wajah memohon simpati dripada kami. Apa daya kami...Antara mereka ada yang tahu kami rakyat  Malaysia, tentu saja akan pulang bersama-sama keluarga  tercinta, bebas daripada belenggu derita yang sedang mereka tanggung itu, bertapa bertuahnya kami. Mungkin itu yang sedang mereka ngomelkan di sudut sanubari mereka. Di Medan kami ditempatkan di pejabat konsulat Malaysia.

Selamat tinggal tanah Aceh dan penduduknya yang pernah aku kenali, menjadi jiran-jiranku setahun yang lalu. Selamat tinggal tempatku menuntut ilmu Allah ini, ustaz-ustazku, pensyarah-pensyarahku, kawan-kawan warga Aceh yang pernahku kenal, mungkin ada yang dah kembali menemui Ilahi dalam bencana ini. Di sinilah tempat aku memahami cabaran jalan fi sabililah, erti jihad yang sebenar. Aceh, memberi aku seribu pelajaran, sejuta makna guru kepadaku. Mungkin daku akan kembali kesini, entahkan bila... Salam rindu tanah Aceh...

 


Posted at 04:56 pm by najahnasriah
Make a comment  

Wednesday, January 19, 2005
surat untuk tok guru

Blogger Tamu: Surat Untuk Tok Guru

Date: Tue, 11 Jan 2005 09:00:46 -0800 (PST)
From: "Aqil Fithri"
Subject: Surat untuk Tok Guru
To: terengganu_kini@yahoo.com, webmaster@buletinonline.net, webmaster@marangdaily.net, hubungi@keadilanrakyat.org, seruan@justice.com, dppk_tgkarang@yahoo.com, dppk_tgkarang@hotmail.com, pas_bukitmahkota@yahoo.com, taraknama69@yahoo.com, pak_dee@yahoo.com,editor_ideasiswa@yahoo.co.uk

Surat untuk Tok Guru

oleh: Aqil Fithri, Editor UmmahOnline (www.ummahonline.com)
aqilfithri@yahoo.com

Tok Guru yang dikasihi,
Sepanjang sejarah Parti Islam SeMalaysia (PAS), ada lima tokoh yang kami sifatkan sebagai cukup signifikan terhadap proses kebangkitan Islam di Malaysia. Mereka bukan sahaja tangkas berpolitik malah corak
pemikirannya juga tersangat progresif. Dan, kehadiran kelima-lima tokoh ini dalam pelbagai zaman adalah satu hal yang amat membantu ke arah menyerlahkan lagi era kegemilangan PAS. Dan, salah seorang dari yang yang kami maksudkan ialah Tok Guru sendiri.

ummahonline.com

Semenjak era dwitunggal Dr. Burhanuddin Helmy dan Zulkifli Muhammad, tidak pernah PAS dapat menonjolkan satu wawasan politik yang berprinsip dan pragmatik, yang sekaligus mengenepikan dialektika oposisi yang seringkali terlebel pada setiap gerakan pembangkang. Namun kehadiran langsung Tok Guru selama lebih satu dasawarsa dalam pentas politik eksekutif tanahair, sekurang-kurangnya berjaya mengubat rasa kerinduan kami terhadap kepimpinan gandingan dwitunggal tersebut. Apatah lagi Tok Guru dapat berganding baik dengan dua teman akrab yang telah pergi; Fadzil Noor dan Yusof Rawa.

Tok Guru yang dikasihi,
Gayamu yang bersahaja, tetapi cukup berseni. Berbekalkan kemahiran logika dan citra tasawuf, Tok Guru bukan sahaja mengukuhkan keyakinan perjuangan PAS sebagai wadah islami, malahan Tok Guru turut berjaya
menambat hati-hati yang dahulunya agak sinikal dengan perjuangan PAS. Dan, pelengkap kepada keistimewaan Tok Guru ialah sikap Tok Guru sendiri yang sentiasa mendahulukan Islam daripada PAS itu sendiri. Tok Guru lebih rela PAS berkubur asalkan Islam terus hidup dan menyinari kehidupan beragama di kalangan khalayak. Pada kami, inilah sikap tauladan yang harus disemai dalam setiap struktur serta mentaliti pimpinan dan ahli parti. Percayalah, sesebuah organisasi hanya mampu untuk terus bertahan jika sentiasa ada proses muhasabah di samping kembali memposisikan haluan gerakan sesuai dengan bahasa dan aspirasi zaman.

Kami yakin dan percaya, jika pandangan diatas dibaca, maka Tok Guru tentunya rimas. Malah, tidak mustahil ada di kalangan mereka yang akan menyifatkan kami mahu menambat hati Tok Guru, meskipun kami sendiri tidak tahu apa ganjarannya yang akan kami perolehi. Apapun itulah realiti positif dewasa ini buat Tok Guru. Namun disebalik realiti positif diatas, ada khabar kurang enak buat Tok Guru untuk kami kongsi di sini (mungkin juga boleh jadi khabar enak pada Tok Guru). Kami kira Tok Guru lebih sudi untuk mendengar realiti ini dari yang sebelumnya; kerana realiti ini mengajak kita menyelami kelemahan diri lalu bangkit ke arah menjadikan PAS sebagai gerakan islamis yang unggul dan bakal dikenang dalam sejarah dunia!

Tok Guru yang dikasihi,
Dewasa ini kami melihat bibit-bibit perpecahan dalam barisan kepimpinan kerajaan negeri di Kelantan. Organisasi Serambi Makkah; negeri kebanggaan kami mula menunjukkan keretakan serta terhakisnya perpaduan dalam budaya kerja. Sebagai insan yang sangat cintakan perjuangan Islam yang humanis, kami dapat rasakan bahawa terdapat perpecahan ketara dalam aliran pemikiran mereka-mereka yang dalam madrasah politik Tok Guru ini. Ada di kalangan mereka di lihat begitu terpengaruh dengan fahaman dan pemikiran talebanisme (juga wahabisme) yang kami sebelum ini kerapkali tegas menyatakan bahawa ia adalah fahaman yang berbahaya serta mengancam keharmonian dan toleransi demokratik yang ada dalam masyarakat. Namun di satu sisi lain, wujud barisan pemimpin yang tampil dalam bentuk kerja yang progresif – seupama Tok Guru sendiri! Mereka memperbanyakkan kerja secara efisyen sambil mengurangkan birokrasi dan pencak politik. Memang tidak dapat dinafikan, masing-masing ada kelemahannya termasuk barisan ini. Namun, mana ada insan biasa yang sempurna! Tanpa ada niat untuk berkempen buat mereka, karekteristik kepimpinan Husam Musa dan Nik Amar jauh lebih baik dari mereka yang berstatuskan ulama’ semata-mata, tetapi gagal mengurus pentadbiran secara cekap. Bahkan mereka bukan sahaja gagal dalam menjalankan fokus pentadbiran, malahan turut gagal untuk membangun pemikiran ummah yang dinamik dan progresif sepertimana yang dianjurkan oleh Islam.

Tok Guru yang dikasihi,
Kami bukanlah mahu mengemukakan idea Islam progresif mahupun Islam liberal. Apatah lagi ia pastinya membawa konotasi kepada dialektika Islam Hadhari yang diprakasai oleh UMNO. Kami tiada niat sedemikian. Cuma apa yang kami harapkan agar budaya "mencari kebenaran dan hikmah yang hilang" terus disemai dan dibajai dalam perjalanan organisasi kerajaan negeri. Janganlah ada yang menjadikan kerusi dalam tampuk kerajaan negeri sebagai tempat untuk bersenang-lenang!

Tok Guru yang dikasihi,
Daripada terpecahnya aliran pemikiran dalam kepimpinan PAS Kelantan (samada kepimpinan teras mahupun pemuda), maka timbullah pula masalah ketidaksefahaman dalam menguruskan organisasi negeri. Muktakhir ini, eleman-eleman ini semakin ketara dapat kami perhatikan. Kebanyakkan Exco kerajaan Negeri lebih gemar melakukan kerja tanpa ada satu orientasi arahan, sekaligus menzahirkan satu kekosongan kepimpinan mutlak. Maafkan kami Tok Guru, jika kami katakan di sini bahawa Tok Guru agak kurang 'cakna' tentang hal ini! Rentetan daripada keadaaan inilah yang mendorong kepada budaya kerja ‘one man show’ dan mentaliti ‘buat kerja masing-masing’. Kami tidak tahu sejauhmana Tok Guru telah berperanan dalam memperbetulkan keadaan ini. Sebagai orang tua sekaligus ketua eksekutif negeri, Tok Guru sepatutnya dapat mengatasi ketidakseragaman tindakan di kalangan Exco ini dengan keutuhan arahan. Kami yakin dan percaya, masalah ini akan menjadi lebih rumit dan parah jika disusuri pula mutu-kerja wakil-wakil rakyat PAS di Kelantan. Pada kami, ada di kalangan mereka didapati tidak layak untuk mentadbir dan memimpin masalah perkhidmatan rakyat. Ringkasnya, mereka langsung tidak berkeupayaan untuk mejadi wakil rakyat yang berguna lagi berkesan! Memang benar, mereka semua ikhlas, tapi ia masih belum lagi dari mencukupi. Keikhlasan tanpa disertai kecekapan tidak akan mencapai kejayaan. Ingatkah lagi kita akan kata-kata mashyur Saidina Ali "setiap kebathilan yang tersusun, boleh mengatasi kebenaran yang tidak tersusun". Apa yang rakyat mahukan kini ialah kecekapan berkhidmatan dan usaha giat bagi berbakti pada nusa bangsa, lebih-lebih lagi mereka yang marhaen dan melarat hidupnya!

Tok Guru yang dikasihi,
Ada beberapa saranan kami buat tatapan Tok Guru. Maaf sekali lagi jika apa yang kami nyatakan ini akan di katakan dianggap senada dengan UMNO/BN. Tok Guru telahpun memimpin eksekutif negeri lebih dari satu dasarwarsa. Lazimnya, pemerintahan eksekutif dalam tempoh yang lebih lama akan mengundang kepada ketidakcekapan dan pengabaian. Ia boleh berlaku tanpa kita sedari. Pada hemat kami, Tok Guru mempunyai potensi besar bagi membangun sipiritual muslim di Malaysia. Tok Guru boleh memimpin dan membangun keperibadian islami di kalangan anak-anak bangsa kita agar mereka menjadi muslim yang semarak menegakkan panji-panji keadilan dan melawan sebarang kezaliman! Mudahnya, Tok Guru adalah lebih layak menjadi bapa bangsa yang religious berbanding menjadi seorang eksekutif! Bersama-sama Tok Guru telahpun tersedia generasi pelapis yang sangat berkualiti, yang sebelum ini sangat sukar untuk diperolehi. Justeru, mari kita ketepikan dahulu sinonim kepimpinan negeri atau parti yang mesti diterajui oleh ulama’. Pandangan bahawa hanya ulama’ sahaja yang mesti memimpin adalah sangat tidak relevan! Dalam konteks apa ulama’ mesti memimpin? Ulama’ yang bagaimana? Adakah ulama korup juga boleh memimpin? Sudah tentunya Tok Guru turut tidak bersetuju seperti juga kami!

Tok Guru yang dikasihi,
Ulama’ ada peranannya seperti juga mereka yang non-ulama’. Lebih-lebih lagi kita di sempitkan pula dengan pemaknaan istilah ulama’. Tidakkah mereka yang bukan dari aliran pendidikan agama formal tetapi mempunyai kemahiran agama yang tinggi serta mampu mendiskusi pemasalahan semasa secara progresif, juga boleh digelar ulama’? Tentu sekali! Maka, polisi kepimpinan ulama’ wajar ditekuni semula agar ia tidak dieksploitasi oleh individu-individu yang mementingkan hagemoni dan dominasi diri mereka. Jangan biarkan polisi kepimpinan ulama’ di takrifkan dalam kerangka yang anti-progresif!

Tok Guru yang dikasihi,
Bicara kami mungkin usai disini. Namun ada tinta terakhir buat renungan kita bersama. Tok Guru tidak perlu menoleh lagi untuk mencari-cari pilihan yang ada. Di hadapan kita ini ada anak-anak muda yang mampu mengisi posisi eksekutif. Mereka bukan sahaja berbakat dan berkredibiliti profesionalisme, tetapi mereka turut terlatih dalam madrasah perjuangan islami. Kami yakin dan percaya, mereka mampu memainkan peranan yang terbaik bagi mengisi teraju kepimpinan negeri yang sudah boleh Tok Guru tinggalkan. Lebih menguntungkan, kini mempunyai dua generasi yang berwibawa; generasi Husam Musa, Nik Amar, dan generasi pemuda negeri yang berfikiran progresif. Mereka inilah yang perlu diberi peluang dalam detik-detik keemasan ini. Ya, memang berat untuk menuntut Tok Guru berundur dan merubah fokus gerak-kerja Tok Guru. Tetapi cukuplah jika kami ungkapkan di sini sebagaimana tokoh sanjungan Tok Guru sendiri - Ayatollah Ruhollah Khomeini – meskipun dia yang mengerakkan revolusi sehingga berjaya meraih hasilnya, namun citranya sebagai pemimpin spiritual mengatasi posisi eksekutif yang ditawarkan kepadanya. Dan, kami di sini sangat-sangat mengharapkan agar Tok Guru agar menuruti jejak langkah pahlawan revolusi kita itu. Pedulikan desakan mereka yang tidak mempunyai ensesi ruhi!

Sekali lagi Tok Guru yang dikasihi,
Maafkan kami anak-anak muda ini, jika bicara diatas tidak disenangi. Apapun, kami sangat sayangkan Tok Guru, tetapi inilah cara kasih kami.

Sekian, salaam dari kami – UmmahOnline Team!


Posted at 05:37 am by najahnasriah
Make a comment  

Wednesday, January 12, 2005
FITNAH DAJJAL TELAH TIBA!

FITNAH DAJJAL IS STILL AROUND - BE AWARE !! THIS COULD BE TRUE !!
 
 
 
 
 
X Files
Did New York Orchestrate The Asian Tsunami?
With Afghanistan and Iraq already lost, the Wall Street bankers were all desperately looking for other ways to control our world, when suddenly and very conveniently, the Sumatran Trench exploded. Trick or Treat?
 
Copyright Joe Vialls,  5 January 2005, Updated 6 January 2005
 
Tsunami 'Just Missed'  India's Top Fighter Jets & Nuclear Power Station, Red Update Below.
USS Abraham Lincoln CVN72 Real Blast Epicenter in Sumatran Trench Mosque near Ground Zero, Aceh

"Others are engaging even in an eco type of terrorism, whereby they can alter the climate, set off earthquakes or volcanos remotely, through the use of electromagnetic waves."  American Secretary of Defense William S. Cohen, April 1997.  Big surprise! Presumably Cohen already knew that a nuclear weapon generates what he refers to obliquely as "electromagnetic waves"

Despite a natural human tendency to be shocked into silence by the sheer number of dead and injured across Asia on 26 December 2004, and despite also being slightly fearful of losing personal credibility because of the magnitude of the apparent crime, there are many provable irregularities in the official American tsunami story that simply have to be recorded now, or forever be lost in the sands of time.

            It is beyond any doubt that a giant tidal wave (tsunami) smashed its way through South and South East Asia, and still had enough legs to continue all the way across the Indian Ocean to Africa, where it killed and injured a few hundred more. So the only question we must ask, is whether this tsunami was a natural or man-made catastrophe? A natural event would be horrifying enough, but if the tsunami was man-made, then we are unquestionably looking at the biggest single war crime in global history.
           To make any sense at all of the irregularities, we must start at the very beginning, and then follow the course of events as they unfold, especially events in the immediate vicinity of the real tsunami epicenter, because the latter is quite different from the location being remorselessly peddled by the New York Times and CNN.

           At midday local Australian time I faithfully recorded the magnitude and position plotted by the Jakarta Geophysical Office in Indonesia. An earthquake measuring 6.4 on the Richter scale had hit the north of the Indonesian island of Sumatra. The Jakarta Geophysical Office meticulously noted that the epicenter of the event was located 155 miles south-southwest of Aceh Province.

           This location is approximately 250 miles south of the position later selected by the American NOAA, which plotted the epicenter to the north-west of Aceh, and initially claimed a Richter reading of 8.0. Alas, even that was not enough to cover the damage caused by this extraordinary event, so NOAA progressively upgraded the reading to 8.5, then to 8.9, and finally to 9.0 - at least for the present.

            So, the first proven irregularities were peddled by American officials at the NOAA, who suddenly invented a new 'flexible' peak seismic wave for the event, of far greater magnitude than Jakarta, when the Jakarta office was located much closer at almost point-blank range. Believe me when I tell you there is no such thing as the new 'flexible' peak claimed by NOAA. The first seismic peak you record is the only real peak, unless of course you later manually draw in a few more peaks of your own, to match a contrived agenda. Naturally there is also only one epicenter, which was faithfully recorded by dozens of Indonesian and Indian seismographs.

             Quite apart from the huge disparity in Richter values, the Indonesians and Indians were disturbed to find that the normal earthquake 'preamble' was missing from their seismograph charts.  All this means is that the normal steadily increasing number of transverse shear "S" waves that always precede an earthquake were missing, as were later aftershocks, which likewise always accompany a naturally occurring or Tesla standing-wave generated earthquake. There were 'warnings' of aftershocks from the NOAA, but none actually eventuated.

            To simplify matters for non-technical readers, an earthquake is always triggered by a resonant electromagnetic frequency in the range 0.5 to 12 Hertz, but it is not an instant process, because the resonant frequency must be precise. Thus as true resonance approaches, the fault line starts to tremble like a piece of rope under tension, and sends out warnings to the seismographs in the form of steadily increasing transverse shear waves.

             If all you get is a cluster of "P" compression waves, then you are almost certainly looking at an underground or sub sea explosion. These were in fact the only copious seismic signals that the Indonesians and Indians received, and they looked curiously similar to those generated many years ago by large underground nuclear weapons in Nevada.  

The Indian Government knew full well that this was not a "normal" earthquake. On 27 December India refused to join George Bush's planned exclusive 'club of four', which would have effectively pulled this Asian nuclear power out of its new coalition  with Russia, China and Brazil. On 28 December the Indian Government politely warned the American military to stay clear of Indian sovereign territory, and on 29 December the India Daily Editorial publicly questioned the nature of the event: "Was this a showdown by a country to show the region what havoc can be created?" ... "Given the level of devastation and given the fact India is a regional power in South Asia, [the] Indian Navy has an obligation to investigate and tell the world what they found."

We will return later to the relatively simple task of delivering a multi-megaton thermonuclear weapon to the bottom of the Sumatran Trench, and then detonating it with awesome effect, but right now we need to return to our initial task of following the trail of events and inexplicable irregularities. First we must travel south to the distant desert island of Australia, currently ruled by an obsequious Wall Street toady known as Little Johnny Howard. To the intense displeasure of many of his Australian "subjects", Little Johnny never makes a move outside Australia unless he first receives explicit instructions from one of his New York minders.  Remember this reality, because it is extremely important in terms of what Australia did next.
            On the morning of 27 December, the Australian (New York owned) media was making it very clear that the most badly hit nation in the region was Sri Lanka, an island at the southern tip of India, which like Australia is a member nation of the British Commonwealth.  Accordingly, Tim Costello, head of one of Australia's largest charities, made immediate plans to fly to the area and assess the need for aid. But that same morning, Little Johnny was dancing to a very different tune, which, based on his known subservience, must have been playing down his secure telephone line from Wall Street.
            In true covert manner, Little Johnny secretly dispatched two RAAF Hercules transport planes packed with supplies to Malaysia on "Stand By", and directed two more to Darwin in Australia's north. Please note that if Little Johnny had any humanitarian concerns at all, all four Hercules could have flown directly to Commonwealth partner Sri Lanka, where every other Australian had already been told by the media that aid was needed. But no, it wasn't to be, and Little Johnny waited patiently for orders from New York.
            The waiting period was short, and after a high-flying reconnaissance jet confirmed that the runway was clear at Medan in eastern Sumatra, all four Australian Hercules complete with troops, guns and other tackle, invaded Sumatra just south of the devastated province of Aceh. In turn, with 90% of its population killed by the tsunami, Aceh might perhaps one day soon become Indonesia's very own Guantanamo Bay, crawling with hundreds of heavily armed Australians and Americans.
            Remember carefully though, at the time these four Hercules touched down in Medan, the ordinary Australian public still had no idea that Sumatra was badly hit.  Only Little Johnny knew, and of course his trusty crystal ball in New York.  To hell with Sri Lanka, his bosses wanted a main base for the huge reconstruction contracts in Asia, designed to replace the failed oil theft and reconstruction in Iraq, and keep poor old Zion on its tottering New York legs for a few more weeks or months.
            In the end, what the hell did it matter how many Goyim had to die? And, hey, on the credit side they'd already managed to kill more than 100,00 Muslims in Sumatra with a single tidal wave, which was partial payback for their own resounding defeats in Afghanistan and Iraq

Needless to say the Australians were merely the advance party, soon to be joined by a curiously well prepared and equipped U.S. Military, though it is doubtful that any of the officers and men involved really comprehend what is going on. Only a handful thought to question why they had been spending a whole year training for a "Humanitarian Mission", when the whole point of the U.S. Navy and Marine Corps is normally to kill people in very large numbers. Just look at Fallujah, people, look at Fallujah.
            As if by magic, the Pentagon managed to have two battle groups ready to sail at an instant's notice from Hong Kong and Guam during the normally chaotic Christmas to New Year period. Crikey! Military discipline has come a hell of a long way since my day, when everyone including the ship's cat was sleeping it off at some highly questionably hostelry or another. Not these 10,000+ Americans though, who must have been standing rigidly to attention beside their hammocks day and night, tugging furiously at their forelocks whenever an officer of NCO came in sight.
            The next bit was superbly orchestrated, because it took place at sea, far away from the prying eyes of dock spies or imaginary KGB agents. But oops, first you have to know who was involved. Out of Hong Kong rushed team one, comprised of the nuclear-powered USS Abraham Lincoln and her escort vessels, while the far more interesting team two rushed out of Guam, led by the USS Bonhomme Richard, a marine amphibious assault carrier crammed to the gunwales with gun-toting wooden tops.  And that is not all, believe me, because the Bonhomme Richard is in fact leading a veritable armada known as "Expeditionary Strike Group 5".
            Flagship USS Bonhomme Richard is accompanied by the U.S.S. Duluth, an amphibious transport dock vessel; the USS Rushmore, a landing ship dock; the guided missile cruiser USS Bunker Hill, guided missile destroyer USS Milius, and the guided missile frigate USS Thach. To take care of the underwater side of things they are joined by the nuclear hunter-killer submarine USS Pasadena, while the U.S. Coast Guard's high-endurance cutter Munro is also tagging along, presumably to deal with Asian Customs and Excise.
            Now then, though 'Strike Group 5' may be toting enough nuclear weapons to destroy half of the known world, and the title is perhaps lacking when viewed from a strictly humanitarian perspective, engineer chief Staff Sgt. Julio C. Dominguez says otherwise: "The Marine Service Support Group has been preparing for a humanitarian mission of this type for about 12 months now, and is more prepared for an actual mission". Well, OK chief, but didn't you ask why you were being trained for a mysterious humanitarian mission a year before it actually happened, especially when your day job is normally shooting Muslims full of holes?

Despite having a huge number of tsunami victims in its own State of  Tamil Nadu, India completely converted the survey ship INS Nirupak into a 50-bed floating hospital in less than 72 hours, then sent it unarmed to help the desperate people of Aceh in Indonesia. . By direct comparison, America sent combat ships and armed Marines. The US Navy has two 1,000 bed hospital ships, the 'Comfort' and the 'Mercy', but neither one was dispatched.  Though the USNS Comfort was deployed to New York when 3,000 Americans died in September 2001,  this current lack of action sends a strong signal that 150,000 (mostly Muslim) dead in South East Asia, and half a million injured, are of no concern whatever to the power brokers in New York.

The really sneaky (inexplicable) bit came as both battle groups entered the Indian Ocean. The USS Abraham Lincoln looked about as innocent as a carrier with 70 attack planes can look, but was already carrying 2,000 marines instead of her normal complement of around 500. That is a huge amount of grunt firepower to put on the deserted streets of Banda Aceh, especially when Wall Street normally expects these marines to die quietly for Zion in Iraq. Now then, how did they know the extra marines would be needed before team one left Hong Kong, because the surplus 1,500 marines were certainly not just standing around on Kowloon dock waiting to hitch a ride. 
            Then while the two battle groups (apparently) headed in two different directions across the deserted Indian Ocean, an even stranger event took place.  Though Expeditionary Strike Group 5 (Humanitarian) was supposed to help the folks in Sri Lanka, the combat marines aboard the USS Bonhomme Richard transferred to amphibious transport dock vessel U.S.S. Duluth, which then split from ESG-5 and headed towards team one.  So without the Indonesians really being aware of it, the (relatively) harmless and Bulky aircraft carrier USS Abraham Lincoln has been used to screen the arrival of at least 3,500 heavily-armed US Marines in tiny Aceh Province.
            That more or less brings us up to date on known military activity, though yesterday an Australian television cameraman did accidentally film some of these heavily-armed US Marines (who tried to shoo him away), searching a devastated Indonesian military base for any remaining weapons. Now call me old-fashioned, but if these guys and their bosses are straight, that particular job should be left to the Indonesian Army…

Theoretically, the American 9 megaton W-53 thermonuclear warhead shown on the left, could easily be encased in a small 'lookalike' saturation diving chamber similar to that on the right, to protect it from the massive 10,000 pounds per square inch pressures at the bottom of the Sumatran Trench. The whole armored package would weigh less than five tons, allowing it to be slipped over the stern of any oil rig supply vessel, of which there are more than 300 in Asia alone. Who would even notice?.

 I will be circumspect as to exactly how a large American thermonuclear weapon managed to arrive at the bottom of the Sumatran Trench, though all of the seismic evidence and preparedness for the resulting mission indicates strongly that this is the case. After all, we are back to the age-old question of "who benefits?", and in this particular case, "Who is insane enough to kill more than 150,000 civilians just to hang on to power?' Based on their past performance in Iraq and other luckless countries, it would seem that the only realistic candidates are Wolfowitz and company, striving as always to create a "One World Government".
            Certainly no other nuclear powers including Russia and China stand to gain anything at all from such an outrageous mass murder, so, as always in the end, we come back to  Sherlock Holmes via the pen of Sir Arthur Conan Doyle: "When you have ruled out the impossible, whatever remains, no matter how improbable, is the truth."
            For the Zionist Cabal, obtaining a thermonuclear weapon in America is no great trick, especially when we have the precedent of 100 small 'decommissioned' air-to-air atomic warheads being smuggled out the Pentagon's (civilian) back door, to form the core of the Jewish State's current nuclear arsenal. Once a weapon system is out date and out of service, loyal uniformed US military personnel can no longer track it.
            Those who wish to understand how such a seemingly small weapon could rattle a 20,000 feet-deep oceanic trench, and then force a giant tsunami right across the Indian Ocean, would do well to look at the diagram of the famous 'Dambusters' attacking the German dam below, most of which is self-explanatory

The designer of the RAF's bouncing bomb (actually called "Highball") was a scientist called Barnes Wallace, who had already gained a formidable reputation with his Wellington bomber,  which he constructed geodetically, thus enabling it to absorb enormous punishment before actually being shot out of the sky. Many Wellington returned to base literally in tatters, while many luckless cousins like the Stirling and Halifax were all too often consigned to the murky deep of the North Sea.
            Wallace knew that bombing the dams vertically was a complete waste of time, and the only possibility of success lay in placing a mine hard up against the dam wall at its base. You see, water cannot be compressed, meaning that if the mine was pressed against the dam wall at the moment of detonation, part of its energy would automatically be expended on the wall itself. Too far away in the relatively shallow water, and most of the blast energy would be lost to atmosphere, in a huge exploding cloud of water of course.
            Though it was obvious that the dam wall could not be destroyed by a single bomb from a single Lancaster bomber (it would weight far too much for the aircraft to get off the ground), Wallace pinned his hopes on the scientific fact that cumulative stress should do the job, and he was proved right. Though officially three of the bombs, each containing 6,500 pounds of TNT, were considered to be direct hits, one of these veered off slightly, meaning that the giant Mohne Dam was completely breached by a total of 13,000 pounds of tri-nitro toluene.
           It is the incompressibility of water in particular that matters deep down in the Sumatran Trench.  At the bottom you already have 10,000 pounds of pressure per square inch pressing down on your weapon of choice, and above that weapon there is a column of water 20,000 feet tall, which is what caused the pressure in the first place. Not only that. The trench narrows at the bottom, meaning that the weapon is 'hemmed-in', with a very real chance of moving a tectonic plate if sufficient tonnage is used

In this particular case there was no real need to shift a tectonic plate, and science suggests that if this blast had caused such an effect, several very powerful aftershocks would have occurred, as has happened with every other major earthquake in the past. But, as previously stated, and setting aside the seemingly deliberate provocative though false warnings from the American NOAA, there has not been a single aftershock which can be directly & scientifically linked to the 'event' in the Sumatran Trench at 0758 hours local on 26 December 2004. Later tremors might or might not be connected to the weapon.
           To force subservience on Asia, and ensure the lion's share of incredibly lucrative reconstruction contracts, all that was needed was a very large tsunami targeted on the selected nations, which was easily within the capabilities of a large thermonuke. There is nothing new about "Sea Bursts" as they are called, and more than 30 years ago plans existed in both America and Russia to wipe out each other's coastal cities using exactly this technique. The tidal wave from a deep sea burst is relatively clean, allowing the aggressor to take over both land and remaining buildings etc. with the minimum of delay.
            If everything had gone to plan, then Indonesia, Sri Lanka and India would have been in hock to the IMF and World Bank for thirty or more years - time enough to wait for the price of oil to come down again after the lethal fiasco in Iraq. At the same time, if the Indian Government had taken the bait, the deadly Russian-Chinese-Indian-Brazilian coalition would have been dead in the water. Not a bad day's work for a single thermonuclear weapon discreetly removed from the decommissioning process.
            There are those who may claim that I have 'left out' the giant ExxonMobil gas fields in Aceh, but that is not the case. Certainly they are very productive sub-surface fields, and will unquestionably produce lots of gas again once the surface equipment has been repaired, but in isolation they are completely incapable of saving the New Zion from collapse. Wall Street needs giant reconstruction contracts, and plenty of them.
            If I remember correctly, shortly before Christmas I received a large number of emails from various people about some "German Guy", who apparently claimed that Wolfowitz had got hold of a critical weapon and was going to nuke Houston on either the 26 or 27 of December. I never did read the whole email, but it seems very likely that it was initially circulated by Wolfowitz or one of his ilk, as a classic disinformation distraction. Try something along the lines of "You suckers all watch Houston very carefully on 26 December, while I nuke Asia behind your backs… " 

Update 6 Jan 2005
Tsunami 'Just Missed' India's Top Fighter Jets & Nuclear Power Station

India's nuclear reactor at Chennai in Tamil Nadu State, flanked on either side by state-of-the-art hyper performance Sukhoi SU 30 jets, which should have been vulnerably situated in the Nicobar Islands front-line when the tsunami roared north from the Sumatran Trench

 India has a major air force base on the Island of Car Nicobar, which guards the front line of Indian airspace in the Bay of Bengal. This base was being upgraded as 'home' to 25 of the IAF's Russian Sukhoi SU 30 jets, every one of which is capable of firing both the Sunburn and Onyx Mach 2.0+ sea skimming anti-ship missiles.
           The Sukhoi squadrons were due to arrive in Car Nicobar on 14 December, but had to be delayed because of construction work, which is extremely ironic. Despite the tidal wave roaring over the island and breaking up the runways, India still has its incredibly valuable SU 30 hyper performance planes, now situated on the mainland fully armed, and within striking range of both US Battle Fleets currently in the Indian Ocean.
           "We will have the fighters operating from the base within six months," a determined Air Chief Marshal S Krishnaswamy said as he assessed the damage caused to the [Car Nicobar] base. "In a year's time we will make the base fully operational. The problem is of transporting each and every construction material by ships and planes again to this place. The material include even the concrete which we have to lay on the runway."
            There could also have been a major catastrophe at Chennai in Tamil Nadu, India's southernmost state and home to its fast breeder nuclear reactor. About another 0.2 on the Richter Scale, and the world (india in Particular) would very likely have been facing a second Chernobyl - yet another catastrophic 'spin-off' from the Sumatran Trench event. Fortunately, as if by fate, the tidal wave damaged only the cooling water inlets, which play no part in the nuclear process.
            As I post this update in the early hours of 6 January, Bloomberg has very kindly just confirmed the transfer of power from Expeditionary Strike Group 5 (humanitarian duties only),  to the USS Abraham Lincoln battle group off Aceh. Now not one but both massive assault landing carriers are bound for poor old Indonesia and its 110,000,000 Muslim citizens...
            "The USS Bonhomme Richard and USS Duluth today arrived in Sumatran waters and airlifted more than 200,000 pounds (90,000 kilograms) from two warehouses for distribution to areas unreachable by road, the U.S. embassy in Jakarta said in an e- mailed statement. The ships carry 25 helicopters each and more than doubled the number of U.S. aircraft to carry aid. "

 


Posted at 03:55 am by najahnasriah
Make a comment  

Wednesday, January 05, 2005
Hikmah kash sayangNYA

Kenapa tsunami berlaku ... ... ?

muring pic
"juz something dat crossed my mind,maybe u can respond..

kenape ye most of the places of tragedy on 26th december happened on places where the majority inhabitants are muslims? even most of the places hit by the eathquake n tsunami last week are populated by majority muslims?why are muslims the highest numbers of casualties? is Allah trying to talk directly to us Muslims? if these are bala,it seems like the main targets are muslims, not the kafiruns..

it scares the hell out of me!"

Ini adalah persoalan yang Pakdi dapat dari seorang rakan.

Secara deskriptif sains, kita dapat menerangkan apa itu tsunami dan bagaimana tsunami terjadi. Seperti menerangkan tsunami berlaku disebabkan ombak besar yang terbentuk selepas kejadian gempa bumi, gempa laut, letusan gunung berapi atau hentaman meteor ke lautan. Di tengah laut kelajuannya deras dan apabila menghampiri pantai kelajuan berkurangan tetapi ketinggian ombak bertambah. Seterusnya dan seterusnya.

Namun, secara interpratifnya, sukar untuk menjawab kenapa ia terjadi? Kenapa gempa berlaku di Lautan Hindi dan tidak di Lautan Pasifik pada 26 Disember lalu? Kenapa tsunami besar ini melanda Aceh, Malaysia, Thailand, Sri Lanka, India, Maldives, dan beberapa negara lainnya dan tidak di Amerika, England, Perancis dan tempat-tempat lain? Kenapa ia berlaku pada 26 Disember dan tidak pada 2 Januari atau tarikh-tarikh lain? Kenapa itu dan kenapa ini? Kenapa dan kenapa.

Seorang profesor sains menerangkan, untuk memahami secara interpratifnya maka kita perlu mengkaji secara mendalam dari pelbagai sudut termasuk pandangan agama dan hasilnya kita akan semakin dekat dengan Allah.

Persoalan di atas Pakdi cuba terangkan dengan memetik ayat dari Surah al-Anfal: 25.


"Dan jagalah diri kamu daripada (berlakunya) dosa (yang membawa bala' bencana) yang bukan sahaja menimpa orang yang zalim di antara kamu secara khusus (tetapi akan menimpa kamu secara umum) dan ketahuilah bahawa Allah amat berat azab seksanya."

Dari ayat ini kita kena faham, apabila Allah menurunkan sesuatu azab berbentuk bencana alam. semua golongan manusia akan kena. Baik dari kanak-kanak hingga ke orang tua. Sama ada dia kufur atau beriman. Binatang atau tumbuhan. Semua akan menerima kesannya.

Allah juga telah mengingatkan, jangan buat sesuatu perkara maksiat yang sebabkan Allah boleh bagi balasannya secara 'cash'. Secara tidak langsung, kalau kita rujuk ayat ini, persoalan kenapa tsunami berlaku di tempat orang Islam adalah adanya maksiat yang berlaku dan ianya tidak dicegah oleh orang yang beriman.

Ayat ini juga selaras dengan ayat yang lain:

"Sekiranya kamu bersyukur, akan Ku tambahkan nikmat kepada kamu, dan sekiranya kamu kufur, sesungguhnya azabku amatlah berat" (Ibrahim:7)

Ayat ini Allah terangkan secara umum apakah bentuk nikmat dan azab yang bakal diberikan. Sama ada di dunia ataupun di akhirat. Yang pasti orang yang bersyukur akan dapat nikmat dan orang kufur akan mendapat azab yang berat. Persoalan bila ia diterima, Allah yang lebih mengetahui.

Allah itu maha adil. Walaupun bukan orang yang kufur kepada Allah sahaja yang menjadi mangsa, tetapi untuk orang yang beriman mereka mendapat gelaran syahid. Ini disebut oleh anggota Komisi Fatwa Majlis Ulama Indonesia, Ali Mustafa Yakub (Empat Takbir untuk Para Syuhada) berdasarkan hadis sahih yang menerangkan jenis kematian yang dapat digolongkan sebagai kematian yang syahid.

"Kematian syahid itu karena sebuah wabak, penyakit perut, tenggelam, tertimpa reruntuhan dan pepohonan, serta perang di jalan Allah."
Namun syahid mereka ini adalah syahid dunia yang perlu disolatkan, dikafankan, dan ditanam mayat mereka seperti biasa dan tidak seperti mereka yang mendapat syahid akhirat.

Apa yang berlaku sebenarnya di tempat-tempat yang ditipa tsunami itu tidak lah dapat kita jawab saat ini. Allah lebih mengetahui.

Aspek lain yang kita perlu faham adalah, ujian Allah ini datang dalam 2 bentuk. Sama ada dalam bentuk azab mahupun nikmat. Contohnya orang yang dapat durian runtuh RM 1 juta secara tiba-tiba. Ia juga boleh dikategorikan sebagai ujian kesenangan. Namun, baik ujian senang atau ujian susah, keduanya tetapi bertujuan untuk menguji keimanan kita sebagai hamba Allah.

Ada orang jadi kaya, dan berkuasa maka dia menjadi sombong seperti Qarun dan Firaun. Dan ada juga mereka yang ditimpa kesusahan dan malapetaka imannya bertambah seperti Nabi Allah Nuh yang isteri dan anaknya yang menolak dakwah baginda dan akhirnya mati bersama orang kafir dalam banjir besar.

Inilah yang Allah telah sebut:

"Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan (saja) mengatakan, "Aku telah beriman", sedangkan dia belum diuji lagi?" (al-Ankabut:2)

Ujian Allah itu berbeza mengikut tahap keimanan hambaNya. Lagi tinggi keimanan hambanya, maka lebih hebat ujian mereka. Ujian terhadap para Nabi tidak sama dengan ujian terhadap kita selaku orang awam. Ujian terhadap para ulama' tidak sama dengan ujian orang yang tidak ada ilmu dan seterusnya.

Mati akibat bencana alam bukan semestinya bererti Allah swt benci pada mereka dan terlepas dari perangkap maut tsunami lepas bukan tentu lagi Allah swt sayang pada mereka. Itu semua adalah ujian Allah untuk sekalian hambanya. Ia berbeza-beza antara individu. Juga kepada kita yang berada jauh dari tempat bencana, adakah kita hanya melihat sahaja mereka susah atau kita sama-sama membantu mereka?

Ramai yang tertanya, kenapa Aceh menjadi mangsa paling teruk? Sedangkan Aceh adalah wilayah yang komited untuk melaksanakan syariat Islam dan ditentang oleh kerajaan Indonesia. Bukankah penduduk Aceh adalah penduduk yang beriman kerana mereka sentiasa berjuang untuk perlaksanaan syariat Islam?

Allah lebih mengetahui sebabnya. Tetapi mungkin Pakdi boleh bagi satu situasi. Antara terus hidup tetapi sepanjang hidupnya disiksa oleh Angkatan Bersenjata Republik Indonesia dengan mati syahid dunia akibat tsunami, manakah yang lebih baik?

Kalau Pakdi, sudah tentu mati dengan 'title' syahid itu menjadi pilihan.

Allah menjadikan sesuatu itu tidak sia-sia. Habuk yang Allah ciptakan itu ada gunanya. Najis yang terhasil dari benda hidup juga berguna. Bulu mata kita yang kecil dan halus ini juga sangat berguna kepada manusia. Begitu juga kejadian tsunami yang Allah ciptakan dan melanda negara-negara tertentu.

Akibat tsunami, Allah makin tunjukkan sebenarnya Amerika memang tidak suka pada umat Islam dan tidak pernah mahu membantu negara yang susah melainkan kalau ia memberikan kepentingan politik dan ekonomi mereka. Bantuan mangsa tsunami ini terlalu sedikit dibandingkan dengan belanja operasi ketentaraan Amerika di Iraq dan juga kempen pilihan raya Presiden 2004 yang lalu.

Tsunami ini juga menunjukkan betapa kukuhnya Masjid Allah di bandar Aceh walaupun kawasan sekitarnya musnah.

Tsunami ini juga menunjukkan betapa binatang sebenarnya boleh mengetahui apa yang bakal terjadi di masa depan, kerana semua binatang itu adalah Muslim kerana mereka tidak pernah melanggar perintah Allah. Allah telah beritahu awal-awal apa yang bakal terjadi kepada binatang-binatang ini berbanding teknologi manusia yang hanya boleh mengesan tsunami hanya satu jam sebelum ianya berlaku.

Tsunami ini juga menunjukkan betapa tidak bersedianya umat Islam dalam membantu saudaranya yang lain kerana Pertubuhan Buddha adalah pertubuhan pertama datang menghulurkan bantuan di beberapa tempat di Kedah.

Tsunami ini juga menunjukkan hanya pantai-pantai tertentu sahaja di Kedah dan Langkawi yang terjejas dan beberapa pantai berdekatan langsung tidak terjejas.

Tsunami ini juga menunjukkan sikap buruk segelintir rakyat Malaysia yang menipu kununnya untuk menderma dan memberi baju yang buruk dan lusuh yang disebut sebagai bantuan.

Tsunami ini juga menguji kerajaan Indonesia adakah hasil kekayaan bumi Aceh itu lebih utama dari nyawa penduduk Aceh untuk dilindungi?

Dan banyak lagi.

Allah yang mengetahui kenapa ia berlaku.

Selaku orang beriman, kita perlu menerima sebagai ketentuan Allah yang perlu difikirkan hikmah yang Allah nak tunjukkan pada kita. Hidup senang lenang dan mewah belum tentu ia bermaksud Allah sudah redha pada kita dan mati akibat bencana belum tentu bermaksud Allah benci pada kita.

Persoalan kenapa (why) ini memang sukar untuk dijawab. Sebagai Muslim, persoalan kenapa ini perlu dilihat seiring dengan Kalam Allah dan Sunnah RasulNya. Persoalan 'What', 'How' dan 'Why' perlu diintegrasikan untuk mendapatkan kebenaran secara saintifik.

Wallahua'lam.


++Pinjam dari blog ESPRIT DE CORPS..thanks!



MONOLOG I:
Terasa begitu sayu dan pilu,Betullah kata orang sesuatu yang kita kurang hargai akan kita rasa kehilangan yang teramat sangat bila ianya telah tiada...TERIMA KASIH pada teman-teman yang dapat aku gelarkan kakak.....kerana sudi mengizinkan kasih ini menumpang sedikit diruang singgahsana hati kalian...moga2 jalinan ukhuwah yang bersemi ini akan bercambah subur menjadi taman kasih-sayang yang berbungakan kembangan  keimanan..Thanks kak Ina and Kak Liza...Kenangan di SRIP abadi bersamamu..

Posted at 10:14 am by najahnasriah
Make a comment  

Thursday, December 30, 2004
Osama laden mati pada tahun 2001?

Osama bin Laden mati pada tahun 2001, video ucapannya ternyata palsu

Osama bin Laden dikatakan telah meninggal dunia dalam tahun 2001 akibat penyakit buah pinggang yang dialaminya selama ini dan rakaman video ucapannya selama ini ternyata merupakan satu rakaman palsu yang dibuat oleh pentadbiran Bush untuk memenangkan beliau dalam pilihanraya presiden.

Di antara penipuan yang dapat dikesan melalui rakaman tersebut ialah:

  • Seorang fundamentalis agama telah bertukar menjadi sekular! Beliau memulakan ucapannya pada 7 Oktober 2001 dengan ucapan, "Segala Puji bagi Allah dan kepadanya kami memohon pertolongan dan keampunan." -dan menyebut nama Allah setiap 40 patah perkataan. Pada 3 November, beliau memulakan ucapannya dengan, "Segala Puji bagi Allah, Kepada-Nya kami memohon pertolongan dan kepadanya kami memohon keampunan." Beliau menyebut nama Allah dalam setiap 60 patah perkataan. Dalam rakaman video terbarunya, beliau memulakan ucapan dengan berkata, "Kamu, rakyat Amerika, saya ingin mengatakan kepada kamu hari ini," dan langsung tidak menyebut nama Allah!

  • Apa terjadi kepada pakaian tenteranya (lihat gambar di bawah)? Pakaian tentera Saudi kelihatan begitu aneh, fbagi musuh Arab Saudi.

  •  


  • First, Oct 7, 2001

    Then, Nov 3, 2001

    The "smoking gun" clearly
    wasn't Bin laden

    Bin laden's last sickly
    December 2001 video
  • Kesilapan terjemahan: "meninggalkan 50,000 dari orang-orangnya di dua menara" angkanya telah naik dari 5,000 ke 50,000, adakah bin Laden akan membuat kesilapan terjemahan.

  • Bin laden telah menyaksikan filem Michael Moore dan berkata, "mendengar cerita kanak-kanak tentang kambing." Adakah seorang fundamentalis agama menonton HBO? Ia adalah satu garisan yang bagus, untuk mengutuk Michael Moore, jika itulah tujuannya.

  • Janggut yang disolek? Ia sama seperti tiga tahun lalu, tidakkan mereka mengambil kira bahawa usianya semakin meningkat, Tidakkah janggutnya menjadi uban sepenuhnya?


  • early


    1998


    2001


    2004?

  • Kenapa dengan kamera yang digunakannya? Kenapa rakamannya kelabu? Apa yang cuba mereka sembunyikan?  Bin Laden perlu mendapatkan kamera baru yang sedang dijual murah di  BestBuy. Dan apakah bunyi bising dibelakang, beritahu kepada pelajar filem USC agar senyap semasa mereka dalam perjalanan ke kelas.

  • Bin Laden kini berkata beliau telah merancang 9/11 dalam tahun 1982 -- semasa beliau menjadi agen CIA! Aneh untuk merujuk tahun 1982: "Dan semasa saya melihat kepada menara yang dimusnahkan di Lubnan, saya merasakan bahawa kita perlu menghukum mereka yang zalim dengan cara yang sama -- dan kami terpaksa memusnahkan menara di Amerika..."
    Rujuk kepada MSNBC: Biografinya sebagai agen CIA yang tidak diklasifikasikan, bin Laden meninggalkan Arab Saudi untuk menentang tentera Soviet di Afghanistan setelah Moskow menaklukinya dalam tahun 1979. Dalam tahun 1984, beliau menggerakkan pertubuhan yang dikenali sebagai Maktab al-Khidamar - the MAK.... MAK telah dibanu oleh Pakistan’s state security services, the Inter-Services Intelligence agency, atau ISI, yang dikendalikan oleh CIA dalam menentang penaklukan Moskow.  

  • Ini adalah robotik baru Bin Laden, dengan suara mono-tone voice, tiada profil, dan merupakan pelakun yang buruk.

  • Jangan lupa video seterusnya, Bin Laden adalah seorang yang kidal! Satu percubaan yang bagus.

    Janganlah kita tertipu oleh tipudaya musuh-musuh Allah.

     


    Terjemahan Artikel kematian dalam akhbar Mesir


    al-Wafd, Rabu, 26 Disember 2001 Vol 15 No 4633

    Berita kematian Bin Laden dan dikembumikan sepuluh hari yang lalu.

    Islamabad - Pegawai prominen Gerakan Taliban Afghanistan mengumumkan semalam kematian Osama bin Laden, Ketua Pertubuhan al-Qaeda, dengan berkata bahawa bin Laden telah mengalami komplikasi yang serius dalam paru-parunya dan telah meninggal dunia.

    Pegawai tersebut yang tidak mahu mendedahkan identitinya memberitahu 'The Observer Pakistan' bahawa beliau sendiri telah menghadiri majlis pengkebumian bin Laden dan dapat melihat wajahnya sebelum upacara pengkebumian di Tora Bora sepuluh hari yang lalu.

    Beliau menyebut bahawa seramai 30 anggota pejuang Taliban telah menghadiri majlis tersebut termasuk anggota keluarganya dan beberapa rakan dari Taliban.

    Dalam majlis tersebut beberapa das tembakan ke udara telah dilakukan bagi memperingati beliau.

    Pegawai tersebut berkata amat sukar untuk menunjukkan tempat di mana beliau dikembumikan kerana menurut tradisi Wahhabi tiada nisan diletakkan pada kubur mereka. Beliau menekankan bahawa tentera Amerika tidak akan daat mengesan bin Laden.



  • Posted at 09:33 am by najahnasriah
    Make a comment  

    Monday, December 27, 2004
    Istimewa buat insan bergelar ISTERI

    Zubir, seorang lelaki. Pesan ibunya, insan bernama lelaki pantang menangis. Insan bergelar lelaki tidak boleh menitiskan air mata. Pesan ibunya terbuku - terpaku diruyung minda.


    Hampir 40 tahun bertapa di kepala, pesan ibunya hari ini Zubir ingkar lupa. Pesan dari seorang insan yang berkerudung di bawah nama wanita. Zubir sudah lama tidak ketemu dia. Kali terakhir mereka berutusan berita 20 tahun lalu. Dia rafiq terakrab Zubir. Sahabat yang Zubir anggap terunggul. Taulan yang tidak keterlaluan Zubir katakan, diantara bebintang yang bergentayangan di langit hitam pekat, dialah satu-satunya purnama yang bersinar. Zubir sibuk menyiapkan disertasi ketika monitor komputernya disinggahi ikon kecil berupa surat. Tetikus pantas digerakkan ke ikon inbox massage yang jarang-jarang diterima itu. Sekali tekan, email yang hadir dari pengutus yang tidak Zubir ketahui asal-usulnya terpampang menjamu diagonar mata.

    Zubir,

    Salam buat rafikku yang aku kira kala ini sibuk dengan tuntutan hidup yang sentiasa menggigit. Maaf, aku muncul tiba-tiba setelah lama menyepi diri. Aku sebenarnya ketandusan kata-kata. Aku sesungguhnya tidak tahu bagaimana harus aku lakarkan agar engkau tahu duka-lara hatiku. Maruah wanita sentiasa berkapuh di kaki lelaki, kata orang. Aku pernah bersumpah akan sentiasa berpegang dengan kata-kata itu tapi metah, sumpah aku terlerai akhirnya. Aku persis bulan yang merayu pungguk. Cuma, pencarian aku ini tidak akan ada hentinya kerana aku tahu, aku hanya mengejar bayang-bayang semalam. Aku terlalu merindui dia, Zubir!

    Mukadimah warkah yang tidak diundang itu menjemput tanda tanya bertamu disanggar hati. Kenapa dia jadi begitu? Mengapa dia jadi pengemis rindu? Benteng hati Zubir turut merusuh bersama-sama dengan bait-bait perutusan yang dijelajah-jamah seterusnya.

    Zubir,

    Natasya Aminah Abdulah, gadis berdarah English-Scottish. Aku mula mengenalinya di kampus University of Leeds, London. Natasya pelajar fakultiku. Natasya tidak mudah didekati. Tidak ada ruang untuk aku menghampirinya buat sekian lama hinggalah kesuatu tarikh keramat. Satu petang aku melihat dia diburu oleh seorang lelaki, untuk mengelak diganggu tiba-tiba dia sepantas kilat masuk ke rumah sewaku dengan selamba. Aku jadi kaget kerana dia bukan muhrim yang tiba-tiba menceroboh masuk semata-mata untuk mendapat perlindungan diganggu oleh lelaki tersebut. Akhirnya dia menceritakan kepada aku bahawa lelaki tersebut adalah bekas kekasihnya yang ingin mengganggu hidup Natasya dengan merebut kembali cintanya, namun Natasya cuba menolak kerana sudah tidak tahan dengan sikap bekas kekasihnya yang kaki perempuan.

    Detik itulah aku berjaya menghadirkan diri dalam hidupnya. Kami kahwin selepas itu walaupun ibuku menghalang. Cinta aku pada Natasya teguh-utuh biarpun ibu sering menimbulkan onar. Kata ibu, Natasya bukan anak bangsawan Melayu seperti kami justeru itu dia tidak layak menjadi sebahagian dari kaum keluargaku. Ibu tidak rela keturunannya berumbut-berumbi asing. Malah bangsa Natasya juga berasalnya dari kolonial yang banyak mencetuskan semangat nasionalisme Malaysia walaupun kita sudah merdeka hampir 40 tahun.

    Persoalan yang singgah diendokrap minda Zubir kian terjawab. Zubir mula mengerti gejolak hati dia. Zubir mula faham susur-galur kisah dia. Namun debar Zubir kian berganda bila Zubir terus meluncuri batas-batas warkah dia selanjutnya.

    Zubir,

    Lima tahun usia perkahwinan kami, kami masih berdua. Kasihku pada Natasya mula tergugat. Aku kepingin anak yang biasa panggil aku ayah! Mungkin ini balasan kerana mengingkari titah ibu. Aku jadi keliru. Natasya tenang. Tika mendapat perkhabaran buruk tentang keluarganya diKosovo dulu pun, dia tetap tenang. Aku jadi kalut. Aku jadi tidak sabar. Aku jadi bingung dengan kesabarannya. Ibu pula kian mendesak mengasak. Bara mula berasap. Ibu pula menyiram minyak. Tahap kesabaran aku mula teruji. Api kemarahan aku marak menjulang. Termakan dengan kata-kata ibu yang Natasya mandul, cinta aku mula beralih arah. Farah pilihan ibu, tanpa banyak soal, aku terima.Namun, Natasya tetap setia dengan aku. Sungguh aku tidak mengerti wanita itu, Zubir. Sabarnya tidak ada penghujung!

    Zubir,

    Aku mula abaikan Zubir. Tambahan pula, setelah dua bulan berkongsi kasih dengan Farah. Dia mengandung. Natasya, jarang sekali aku jenguk. Mual rasanya aku bila memandang wajahnya. Aku jadi begitu tidak sabar dengannya. Semua yang dilakukan serba tidak kena di mataku. Aku pernah menjirus tangannya dengan air teh yang panas berasap Cuma kerana dia terlewat membawakan air itu padaku! Ranting tubuhnya, aku kira sudah lali dengan sepak terajangku. Pernah dia tersungkur kelantai terkena penanganku suatu hari itu Zubir. Darah merah pekat berhamburan dari kepalanya yang terhantuk dibucu meja, tapi aku bangga melangkah keluar meninggalkan dia menanggung kesakitan sendirian. Sembilan bulan Farah mengandung, sembilan bulan jugalah Natasya tidak kupedulikan. Nafkah zahir batinnya aku tidak pernah ambil peduli. Aku kira lara dia makin bertambah selepas kelahiran Azhad Ahlami, putera aku dan Farah. Natasya sudah tidak ada dalam kamus hidupku! Entah kenapa? Rasa kesal tiba-tiba sahaja datang bertamu. Aku semakin resah, resah yang makin mencengkam di jiwa.

    Zubir jadi bingung. Mengapa begitu mudah kasih terhenti? Kenapa begitu senang cinta mati? Dia bukan lagi rafik yang pernah suatu ketika dulu Zubir kagumi.

    Zubir,

    Hati Natasya turut kurebus dengan kata nista tapi sungguh, dia tidak pernah melawan. Dia tidak jadi seperti ayam yang berketak bila dimarahi manusia. Dia umpama rumput dilaman yang boleh aku pijak sesuka hatiku. Allah itu Maha Kaya. Itu ketentuan yang tidak dapat aku sangkalkan. Farah berubah selepas melahirkan anak kami. Dia abaikan aku. Dia abaikan Azhad Ahlami. Kata Farah, dia tidak betah menjadi ibu. Potongan badan dia yang menggiurkan dulu telah rosak kerana mengandungkan Azhad Ahlami, katanya.Dia kesal kerana hamil. Dan yang sungguh menghancurkan hatiku, katanya dia kesal kerana berkahwin denganku! Anak kami terbiar Zubir. Farah tinggalkan aku bersama-sama Azhad Ahlami yang masih lagi menyusu. Ibuku pula tidak mahu ambil tahu.Tahukah engkau betapa rusuh hatiku tika itu, Zubir?

    Zubir sebak. Sebak mengenangkan betapa agungnya kuasa Tuhan. Allah tidak pernah mungkir janji pada umat ciptaanNya. Yang baik dibalas baik.Yang buruk mendapat pembalasan setimpal. Dalam memelihara ego seorang lelaki, Iskandar terpaksa akur, dia wajar menerima pembalasan seperti itu dari Allah.

    Zubir, Aku terpaksa menjilat nanah yang aku cipta sendiri selepas peninggalan Farah. Aku ketemu Natsya. Azhad Ahlami perlukan perhatian dan kasih sayang seorang ibu. Aku rela sembah Natasya tika itu Zubir, kalau-kalau dia tidak mahu
    mengambil Azhad Ahlami. Dia tidak menolak. Aku bertambah terpukul dengan keadaan. Mengapa semurni itu hati dia, Zubir? Azhad Ahlami lena dalam dakapan dia. Dan engkau tahu Zubir, sememangnya Allah itu sungguh Pengasih. Azhad Ahlami kehilangan ibu. Paling mengharukan aku, Azhad Ahlami biasa membesar dari sumur Natasya! Natasya tidak pernah hamil. Dia tidak pernah mengandung. Mana mungkin ada susu tapi itulah kebesaran Ilahi. Aku langgar sumpah kita Zubir. Lelaki tidak seharusnya menangis. Tatkala melihat detik itu, permata jernih ini turun tidak berhenti-henti. Jendela mataku berlangsir hujan! Kami hidup bahagia selepas itu Zubir. Farah telah kulepaskan secara baik. Ibu akur dengan keputusan aku. Dia lebih banyak diam sejak Farah tinggalkan aku. Mungkin malu dengan Natasya. Hari-hari yang kami lalui selepas itu cukup manis. Azhad Ahlami membesar dengan kasih sayang Natasya.

    Zubir seakan tidak percaya membaca zarah-zarah tulisannya itu. Besar kuasa-Nya. Dada Zubir berombak menahan sebak.

    Zubir,

    Waktu yang berlalu terasa begitu pantas. Usia perkahwinan kami masuk ketahun yang ke-20. Azhad Ahlami sudah jauh besar. Dia ke Amerika menyambung pelajarannya. Aku sibuk dengan perniagaanku. Natasya tidak pernah merungut. Dia isteri setia, Zubir. Setiap hari, pulang dari kerja, makanan akan sentiasa siap terhidang. Aku jadi selesa dengan keadaan itu. Dan mungkin kerana itulah aku take things for granted! Hanya bila ada keperluan kami bercakap. Bukan aku tidak menyayanginya, Zubir. Cuma aku kira dia cukup tahu kasih sayangku padanya walaupun tidak kuucapkan.

    Satu hari, Natasya mengadu padaku. Kepalanya sentiasa pening dan selalu pitam. Aku terlalu sibuk dengan urusan perniagaanku hinggakan permintaannya untuk menjalani pemeriksaan terbiar begitu sahaja. Aku terlupa tanggungjawabku padanya dalam kesibukan aku mengejar keuntungan. Dedaun masa yang telah gugur tidak akan dapat dilekatkan semula pada pohon kehidupan. Itulah yang aku pelajari beberapa bulan selepas itu, Zubir. Natasya pengsan. Menangis hingga kering mengalir air mata darah sekalipun tidak mampu mengubah ketentuan Ilahi, Zubir. Natasya menghidap barah otak. Mengapa tidak aku terfikir apa yang diberitahunya itu adalah simptom penyakit maut itu?

    Menurut doktor, barah otak yang dilaluinya itu adalah kesan daripada hentakan dan pendarahan dibahagian kepala Natasya satu ketika dulu yang pernah aku lakukan. Penyakit barah otak ini selalunya sukar untuk diselamatkan. Lebih malangnya Natasya sudah di peringkat kritikal. Natasya perlu dibedah segera. Aku rasa sungguh bersalah pada Natasya. Kalaulah aku tidak terlalu menurut sibukku, sudah tentu barah Natasya tidak separah ini. Aku ini terlalu kejam pada Natasya. Aku sungguh kejam.

    Tika itu, baru aku sedar betapa susahnya menjadi seorang isteri. Aku ambil alih tugas di rumah kala Natasya terlantar di hospital. Aku terpaksa belajar membahagikan masa menjenguk Natasya dan mengemas rumah. Hanya Tuhan sahaja yang mengerti hatiku tika itu, Zubir. Baru aku sedar, betapa selama ini, insan yang bergelar isteri itu memikul tanggungjawab yang sungguh berat. Aku ikhlas mengaku Zubir, jika aku diberi pilihan, aku lebih rela mengambil tempat Natasya menanggung sakitnya daripada menanggung tanggungjawabnya sebagai seorang isteri! Kesihatan Natasya semakin menyusut. Aku diburu rasa menyesal yang tidak berkesudahan. Kata doktor, barah Natasya sudah mengakar ke sistem saraf. Barah penyakit perjalanan sehala.Tidak ada perjalanan pulang. Tiketnya menuju kesatu destinasi sahaja. Mati! Satu hari, Natasya memanggilku. Suaranya lemah sekali. Tidak seperti hari-hari sebelumnya. Aku jadi kaget Zubir.

    Tiba-tiba sahaja aku begitu takut kehilangannya. Walaupun aku telah ketahui saat seperti ini akan tiba, aku seakan tidak mahu menerima kenyataan itu. Wajah Natasya tenang. Dia cuba menguntum senyuman yang aku kira terukir dalam kesakitan yang teramat sangat. Kepalanya aku riba, Zubir. Tuhanku, tika ku elus rambutnya yang sudah kehilangan seri itu, satu-persatu rambutnya gugur. Lebih mengguris hatiku Haziq, ada parut panjang di kulit kepalanya. Parut luka Natasya yang terhantuk dibucu meja satu ketika dahulu masih bersisa! Dan parut itu jugalah yang menjadi punca barah ini. Aku tidak dapat menahan sebakku. Betapa berdosanya aku! Natasya semakin lemah.

    Ada air mata tergenang di bibir matanya. Kelopak mataku sudah tidak mampu kubendung lagi. Natsaya pohon agar aku halalkan segala makan minumnya. Juga, dia pohon padaku, halalkan air susunya membesarkan Azhad Ahlami walaupun dia bukan ibu kandung Azhad Ahlami. Dia pohon ampun dariku kerana tidak mampu mengurniakan anak yang dikandung dalam rahimnya sendiri.

    Zubir,

    Tangannya kupegang erat. Aku tidak rela melepaskannya pergi. Bersama-sama hari yang baru mendaki dhuha serta diiringi kalimah syahada, Natsaya akhirnya terlena dalam dakapanku. Lena yang sungguh panjang! Aku masih lagi tidak dapat menerima kenyataan yang dia telah tiada. Azhad Ahlami tiba dari Amerika petang itu juga. Sempat dia mengucup dahi ibunya itu. Aku masih lagi terbau harum puspa kemboja. Sungguh, aku amat merinduinya. Sungguh juga, Aku terlalu menyayanginya. Zubir!

    Megat Iskandar,
    23 January 2002. Malaysia.

    Bait-bait terakhir warkah Iskandar cukup meruntun hati Zubir. Airmata Zubir seakan tidak mahu berhenti ini terpaksa diseka. Besarnya pengorbanan seorang isteri. Zubir juga seperti Iskandar, tidak pernah menyedari betapa agungnya
    seorang insan bernama wanita ini. Pawan musim gugur yang bertiup menggigit saya. Iskandar menyedarkan Zubir. Zubir tidak pernah mengucapkan sayang pada isterinya setelah lebih 20 tahun lebih hidup bersama. Zubir bangun. Najwani sudah tertidur di sofa, mungkin kerana terlalu penat menanti Zubir menyiapkan Tugasannya. Dia Zubir kejutkan dari tidur. Najwani, abang Sayangkan Najwani! Terpisat-pisat bangun dari tidur, Najwani terpinga-pinga. Zubir tidak peduli. Iskandar terlewat. Zubir tidak mahu dia juga terlewat.

    Posted at 04:22 am by najahnasriah
    Make a comment  

    Next Page